Bilakah masa terbaik untuk beli kereta? Memang selalunya bila dah dekat akhir tahun.

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pun menolong untuk membuktikannya dengan mengumumkan promosi tahunan ‘Big Deal’ – beli kereta dan dapatkan AirAsia BIG Points, dan untuk pemilik sedia ada, ada juga insentif untuk anda.

Bagi mereka yang membeli model-model Fiesta, Focus, Kuga dan Ranger sepanjang tempoh promosi – yang bermula sekarang sehingga 31 Disember 2014 – anda akan diberi sehingga 200,000 AirAsia BIG Points. Apa bendanya tu? Dan apa faedahnya?

Dengan mata AirAsia ini, ia boleh ditukar kepada empat tiket pergi balik ke Australia atau Jepun; lapan tiket pergi balik ke Bali, atau 20 tiket pergi balik ke Thailand dengan AirAsia. Memang ini ada juga tertakluk kepada beberapa syarat-syarat tetapi yang penting, sudah ada BIG Points itu.

Tambahan lagi, SDAC turut menawarkan rebat tunai kepada tempahan dan pendaftaran baharu untuk Fiesta, Focus, Kuga dan Ranger 3.2L XLT (MT).

Seterusnya, pemilik Ford sedia ada pula mendapat ‘Ford Big Deal Service’ yang akan bermula 1 November 2014 kelak dan sah sehingga 31 Disember 2014. Promosi selepas jualan dan servis ini mempunyai beberapa pakej:

Minyak pelincir: diskaun sebanyak 20% kepada para pelanggan yang membeli minyak enjin dan penapis minyak daripada Castrol dan Motorcraft oil. Model-model yang layak untuk promosi ini termasuklah trak pikap Ranger, Everest, Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.

Tali sawat (timing belt): Pengurangan 10% untuk tali sawat baru untuk Ranger, Everest dan Fiesta. Turut ada adalah diskaun untuk brek Ranger dan Everest pada kadar sama; termasuk klac Ranger.

Lain-lain: Diskaun 10% ke atas alat-alat ganti seperti penggilap cermin, penapis bahan api, penapis udara, cecair penyejuk dan palam pencucuh. Model-model yang layak untuk diskaun ini termasuklah Ranger TDCi, J97, T6 2.2L dan T6 3.2L, Everest dan Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta 1.6L, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.

Bagaimana hendak mendapatkan promosi Ford Big Deal Service ini?

Hanya mendaftar di www.fordconsumer.com dan dapatkan satu kupon melalui e-mel. Gunakan kupon ini di mana-mana pusat servis sah Ford – sebegitu mudah!

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800-38-3181.