awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Beli telur pun ada resit' - Exco Melaka gesa SPRM siasat isu perolehan ventilator rosak

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/02/2023
05:40 MYT
'Beli telur pun ada resit' - Exco Melaka gesa SPRM siasat isu perolehan ventilator rosak
DR MUHAMAD AKMAL: Pelik bin ajaib (kerana) kalau kita beli telur di pasar raya pun kita dapat resit dan sebagainya untuk bukti pembelian, tetapi ini beli ventilator berjuta ringgit nilainya tiada dokumen perolehan langsung? -Gambar fail/Bernama
MELAKA TENGAH: Kerajaan negeri Melaka menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat Laporan Audit Negara berhubung ketirisan pembelian ventilator oleh Kementerian Kesihatan yang telah diluluskan pada 2020 lalu.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini kerana daripada 136 unit ventilator yang dibeli, hanya 25 sahaja yang selamat digunakan.
Menurut Dr Muhamad Akmal, lebih memusykilkan apabila daripada baki 108 yang tidak boleh diguna, hanya 15 unit yang diserahkan kepada pengilang untuk ganti rugi manakala bakinya tidak dapat dipulangkan susulan tiada dokumen perolehan.
“Baki 93 unit lagi itu tidak dapat dipulangkan sebab tiada dokumen perolehan daripada Kementerian Kesihatan kepada syarikat pembekal.
“Pelik bin ajaib (kerana) kalau kita beli telur di pasar raya pun kita dapat resit dan sebagainya untuk bukti pembelian, tetapi ini beli ventilator berjuta ringgit nilainya tiada dokumen perolehan langsung?” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, kerajaan perlu bertindak segera dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.
“Kabinet pada 25 Mac 2020 lalu bersetuju untuk memberikan pengecualian kepada Kementerian Kesihatan terhadap tatacara perolehan darurat untuk membeli 500 unit ventilator dan duit pendahuluan sudah dibayar RM30 juta kepada pembekal.
“Tetapi syarikat (hanya) berjaya untuk bekalkan 136 unit sahaja. (Jadi) saya mohon pihak kerajaan untuk melihat mengenai ketirisan yang mengakibatkan RM13 juta wang rakyat dibazirkan begitu sahaja,” katanya.
Tambahnya sekiranya mana-mana individu didapati terlibat, tindakan keras perlu dilakukan tanpa mengira latar belakang parti politik.
Khamis lalu, Laporan Ketua Audit 2021 Siri 2 mendedahkan hanya 28 daripada 136 ventilator yang diperoleh Pharmaniaga Logistics untuk Kementerian Kesihatan dari 2020 hingga 2022 boleh digunakan.
Kerajaan dilaporkan tidak boleh menuntut RM13 juta yang dibelanjakan terhadap peralatan rosak itu kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Pharmaniaga, kerana perolehan dilakukan bawah "tatacara perolehan darurat."
Topic Berkaitan
#Muhamad Akmal Saleh
#Kementerian Kesihatan
#SPRM
#ventilator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan