awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia aset paling penting dalam pembentukan masa depan ASEAN - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
17/04/2016
23:28 MYT
Belia aset paling penting dalam pembentukan masa depan ASEAN - Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan (tengah) bergambar bersama para peserta 'Asean Young Entrepreneurs Summit (AYES) 2016' di UKM pada Ahad. - Foto Bernama
Golongan muda, yang merangkumi 60 peratus daripada jumlah penduduk ASEAN, merupakan aset paling penting dalam pembentukan masa depan rantau ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata golongan belia yang mewakili sebahagian besar daripada 625 juta penduduk ASEAN juga memainkan peranan penting dalam proses integrasi blok 10 anggota itu bagi pembentukan pasaran pengguna dan pelaburan.
"Dengan 375 juta belia berusia bawah 35 tahun, sesungguhnya ASEAN merupakan rantau yang memiliki potensi besar serta laluan menarik bagi pelaburan langsung.
"Hari ini, mereka (belia) juga memainkan peranan penting dalam membentuk Komuniti ASEAN (yang ditubuhkan pada 31 Dis 2015)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Sidang Kemuncak Usahawan Muda ASEAN (AYES) 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini pada Ahad.
Objektif sidang kemuncak dua hari yang bermula semalam itu ialah untuk memberi peluang kepada 600 pelajar serta usahawan muda mempelajari daripada usahawan ASEAN yang telah berjaya serta menyumbang kepada pembangunan keusahawanan di ASEAN.
Landskap ekonomi
Sebagai contoh, Ahmad membandingkan ASEAN dengan blok serantau lain seperti Kesatuan Eropah (EU), yang kini berdepan dengan isu 'Greying of Europe, di mana jumlah mereka yang berusia pertengahan dan berusia emas semakin banyak daripada belia.
"Isu ini akan menjadi ciri yang menentukan landskap ekonomi EU beberapa dekad akan datang. Keadaan ini juga sama bagi banyak negara maju lain seperti Jepun," katanya.
Sebaliknya, kata beliau, ASEAN, yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada belia, berbakat dan mahir, mempunyai potensi besar dari segi pasaran bagi barang, perkhidmatan dan pelaburan.
Menurut beliau, pada 2014, pelaburan langsung asing ASEAN secara kolektif berjumlah AS$136 bilion (RM530.4 bilion), lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dan China, manakala perdagangan antarabangsanya pula meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas.
"Sekarang, kami adalah blok pengeksport keempat terbesar di peringkat global. Gabungan keluaran dalam negara kasar kami sebanyak AS$2.5 trilion (RM9.75 trilion) dijangka meningkat kepada AS$4 trilion (RM15.6 trilion), hanya dalam masa lima tahun," katanya.
Beliau berkata sekiranya arah aliran semasa ini berterusan, ASEAN akan muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2050.
Mengenai Sidang Kemuncak AYES, Ahmad berkata ia merupakan platform yang membolehkan para belia berkongsi identiti serantau mereka dan bekerja sama bagi menjadikan Komuniti ASEAN suatu kejayaan, di samping membuka peluang kepada lebih banyak kerjasama pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#AYES
#belia ASEAN
#integrasi ASEAN
#perdagangan dan ekonomi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan