awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia diingat jangan jadi 'macai' - Khairy

Bernama
Bernama
05/09/2014
07:30 MYT
Belia diingat jangan jadi 'macai' - Khairy
KHAIRY: Belia diingat jangan jadi 'macai' - Gambar fail
Para belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diingat agar jangan menjadi 'pak turut' atau 'macai' kepada pihak yang mengkritik atau memburukkan pihak lain.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata trend berkenaan kini semakin menular dan agak merisaukan apabila belia disogok dengan pelbagai maklumat tanpa mereka memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.
"Belia terutama pelajar IPT kini menelan bulat-bulat apa yang mereka dengar tanpa usul periksa.
"Pesanan saya kepada mereka ialah buat kajian dan periksa sesuatu perkara sebelum mereka menghentam atau buat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.
Beliau berkata belia atau mahasiswa sepatutnya menjadi pemimpin dalam memperjuangkan isu-isu berpaksikan fakta demi kepentingan masa depan mereka dan bukan menjadi pengikut kepada telunjuk golongan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti.
Dalam ucapannya, Khairy menasihati belia agar menanam semangat patriotisme yang tinggi bagi mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.
"Patriotisme bukan setakat mengibarkan bendera atau menyanyi lagu Jalur Gemilang, tetapi menanam visi untuk meninggalkan sesuatu yang lebih baik untuk generasi akan datang," katanya.
Sambutan itu diraikan 1,800 pelajar dan warga UIAM serentak dengan Minggu 'Taaruf' sempena kemasukan pelajar baru sesi 2014.
Turut disampaikan ialah 'Anugerah Merdeka Award' dan 'Young Merdeka Award'.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Kuliyah Perubatan UIAM Kampus Kuantan, Prof Datuk Dr Ariff Osman dianugerahi Anugerah Merdeka Award.
Manakala dua pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ameera Natasha Moore Azman James menerima anugerah Young Merdeka Award.
Topic Berkaitan
#award
#Belia
#IPT
#KHAIRY
#macai
#Merdeka
#taaruf
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan