KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terutamanya golongan belia perlu berhati-hati dengan tawaran kerja di luar negara agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan pekerjaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata ada beberapa kes di negara jiran Kemboja baru-baru ini rakyat Malaysia diperdaya dengan tawaran pekerjaan palsu.
"Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan tawaran pekerjaan yang dibuat dengan cara pelbagai, ada yang Whatsapp terus ke nombor telefon pencari kerja. Kalau boleh rakyat Malaysia periksa betul-betul (kesahihan) tawaran kerja," katanya pada sidang media di Wisma Putra hari ini.
Saifuddin berkata perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia memberikan nasihat mengenai perkara itu serta membantu warga Malaysia yang berada dalam kesukaran.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang memerlukan maklumat berhubung kesahihan syarikat terlibat boleh mendapatkan bantuan Kedutaan Malaysia di negara masing-masing atau perkhidmatan konsular kementerian.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan 16 rakyat Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja telah selamat tiba di Malaysia dari Phnom Penh bulan lepas .
Beliau berkata masih ada lebih 20 lagi mangsa ditahan di Phnom Penh dan menunggu untuk dibawa pulang ke Malaysia.
BACA: 16 warga Malaysia diperdaya dengan peluang pekerjaan di Kemboja diselamatkan
BACA: Mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja dakwa dianiaya, diancam
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata beberapa negara telah menzahirkan kesediaan menerima lebih ramai pelarian Rohingya di Malaysia untuk proses penempatan semula di negara masing-masing.
Beliau berkata proses penempatan semula pelarian ke negara ketiga terjejas sejak dua tahun lepas berikutan pandemik COVID-19.
"Ada indikasi ada negara setuju lipatgandakan penerimaan jumlah pelarian Rohingya (yang sekarang berada di Malaysia)," katanya apabila diminta mengulas mengenai isu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Kedah, bulan lepas.
Safuddin berkata beliau juga telah bertemu pengarah UNHCR di Kuala Lumpur bagi membincangkan proses penempatan semula Rohingya.
Setakat Mac tahun ini, UNHCR menganggarkan terdapat kira-kira 103,810 Rohingya berada di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah ditemui dalam sebuah temu bual khas di Wisma Putra, hari ini. - Foto BERNAMA

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Keluarga rayu bantuan kerajaan bawa pulang mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja
Mangsa tertipu tawaran kerja dalam bidang perjudian atau kasino dalam talian dengan gaji yang lumayan.

Belia Malaysia dinasihat berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di luar negara
Rakyat Malaysia terutamanya golongan belia perlu berhati-hati dengan tawaran kerja di luar negara agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan pekerjaan.

Doktor wanita rugi lebih RM173,000 ditipu tawaran kerja sambilan
Mangsa berurusan dengan individu bernama 'June', yang menawarkan pekerjaan pemasaran digital menerusi laman web beli-belah dalam talian.

KPDNHEP tawar kerja kepada isteri tular tunggang motosikal KL-Ipoh
Siti Fatimah yang perlu melapor diri pada 22 Jun ini, melahirkan rasa syukur dan akan menggunakan sebaik-baiknya peluang itu untuk menambah pengalaman dalam perkhidmatan awam.