KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata belia di Malaysia wajar menjadikan gerakan koperasi dan bidang keusahawanan sebagai satu budaya untuk mereka meningkatkan tahap ekonomi masing-masing.
Sehubungan itu, beliau berkata belia tidak seharusnya melihat koperasi sebagai sebuah badan sukarela semata-mata sebaliknya wadah bagi mewujudkan jati diri perniagaan dan seterusnya menanam budaya keusahawanan dalam diri mereka.
"Jadikan ia (koperasi dan keusahawanan) sebagai kerjaya dan jangan terlalu melihat (perniagaan berbentuk) produk sahaja tetapi juga perkhidmatan... selain itu, lihat juga aspek bagaimana ia dapat memberi keutamaan kepada belia di luar bandar supaya ia terimbang pertumbuhan ekonominya.
"Saya juga melihat koperasi perlu main peranan dalam usaha mewujudkan semangat keusahawanan dalam kalangan belia melalui latihan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik (APCYS) 4.0 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin serta Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Abidin Madingkir.
Ahmad Zahid berkata sektor koperasi dan keusahawanan juga mampu memainkan peranan ke arah mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di negara ini.
"Bidang ini bukan hanya kerja makan gaji tetapi juga keusahawanan, justeru kita bekerjasama bukan (bergerak secara) solo ke arah hasrat ini dan kita harap usaha ini (mengurangkan pengangguran belia) dapat kita realisasikan menerusi pelbagai kementerian, juga kerajaan negeri," kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.
Beliau berkata kerajaan melalui agensi berkaitan terutama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai pelbagai mekanisme untuk menggalakkan lebih ramai golongan belia terlibat dalam bidang itu antaranya melalui pembiayaan serta bimbingan perniagaan.
Ahmad Zahid juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023, memaklumkan bahawa kadar pengangguran bagi rakyat Malaysia berumur 24 tahun ke bawah kekal di atas 10 peratus dan ia antara perkara yang menjadi keutamaan kerajaan untuk dikurangkan.
"Menerusi Belanjawan 2023, beberapa langkah telah diketengah bagi membantu belia dalam menghadapi kos sara hidup dan meringankan beban ekonomi mereka tanpa mengira latar belakang sosioekonomi termasuk akses kepada pembiayaan serta program peningkatan kemahiran," katanya ketika berucap pada majlis penutupan APCYS 4.0.
Justeru, beliau yakin sektor koperasi adalah antara peluang terbaik untuk belia mengembangkan kemampuan keusahawanan mereka sekali gus meningkatkan kebolehpasaran golongan itu.
"Membangunkan golongan belia sebagai penyumbang konstruktif kepada pembangunan negara memerlukan usaha bersepadu yang melangkaui entiti dan kementerian merangkumi setiap aspek masyarakat tanpa mengira peranan formal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan hadiah kemenangan tempat pertama kepada peserta Indonesia pada majlis penutupan Asia Pacific Cooperative Youth Summit (APCYS) 4.0 hari ini. - Foto BERNAMA
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.