awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada bukti varian Delta sudah menular di Sibu - Dr Annuar Rapaee

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2021
07:38 MYT
Belum ada bukti varian Delta sudah menular di Sibu - Dr Annuar Rapaee
Jelas Dr Annuar keputusan ujian makmal tersebut hanya boleh diketahui selepas seminggu atau dua minggu sampel dihantar. FOTO: Facebook / Annuar Rapaee
SIBU: Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee menjelaskan belum ada bukti dan pengesahan untuk mengatakan varian Delta sudah menular di Sibu.
Ia selepas dakwaan mengenai desas-desus yang tular mengatakan varian tersebut dikesan di Sibu berpunca daripada seorang warga Indonesia yang positif COVID-19 pada 7 Julai lalu.
Jelasnya tiada perkara yang disembunyikan mengenai isu tersebut dan sampel telah dihantar ke makmal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 12 Julai lepas.
‘’Saya nak memaklumkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan sekiranya benar penularan varian delta berlaku di Sibu.
‘’Apa yang ditularkan itu hanyalah andaian dan ia berpunca dari sampel seorang warga Indonesia yang sudah dihantar ke makmal pada 12 Julai lalu dan kita masih menunggu pengumuman daripada JPBN Sarawak,’’ katanya.
Bagaimanapun, ujarnya setakat ini keputusan ujian makmal tersebut masih belum diketahui dan hanya boleh diketahui selepas seminggu atau dua minggu sampel dihantar.
“Saya sudah menghubungi Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Prof Dr David Perera di UNIMAS dan dia sudah mengesahkan bahawa keputusan masih belum diperoleh dan kita berharap keputusannya negatif,’’ tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa siaran langsung di Facebooknya berkenaan program vaksinasi di Sibu dan perkembangan semasa COVID-19 di daerah itu pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#COVID-19 di Sibu
#varian delta di Sarawak
#JPBB Sibu
#Annuar Rapaee
#vaksinasi di Sibu
#kluster aktif di Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan