awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada undang-undang kawal selia kutipan derma bencana NGO - Armizan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/10/2023
05:16 MYT
Belum ada undang-undang kawal selia kutipan derma bencana NGO - Armizan
Armizan berkata, kerajaan kini sedang meneliti aspek pengurusan dan kerangka perundangan dalam mengatasi isu tersebut yang turut membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata setakat ini tiada undang-undang yang mengawal selia kutipan derma bagi bencana yang bukan diuruskan oleh kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan kini sedang meneliti aspek pengurusan dan kerangka perundangan dalam mengatasi isu tersebut yang turut membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Kawal selia tentang tadbir urus, kebenaran, permohonan dan sebagainya berkaitan kutipan-kutipan tabung bencana selain daripada kerajaan juga merupakan antara perkara yang sedang diteliti oleh kerajaan.
“Sebagaimana diumumkan Perdana Menteri dalam tempoh hari, bahawa perlunya semakan mekanisme pengurusan bencana.
“Sememangnya ini di antara perkara sedang diteliti dalam rangka kita mengkaji mekanisme pengurusan dan kerangka perundangan dan kewujudan akta khusus dalam pengurusan bencana dalam negara ini,” katanya.
Beliau terdahulu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) di Dewan Rakyat, yang mencadangkan sekurang-kurangnya 95 peratus jumlah kutipan derma bencana oleh NGO diserahkan kepada penerima.
Shahidan berkata, beliau pernah bertemu sebuah NGO sebelum ini, yang memberitahu mengambil 12 peratus daripada kutipan berjumlah RM24 juta untuk menampung kos perasi, manakala yang selebihnya diserahkan kepada penerima sumbangan.
Justeru, Shahidan mencadangkan kerajaan menetapkan sekurang-kurangnya 95 peratus atau sebaiknya 100 peratus derma diberikan terus kepada penerima.
“Saya tak pasti... tapi apakah kerajaan akan menetapkan supaya semua NGO yang kutip derma ini, sekurang-kurangnya 95 peratus beri sumbangan (kepada penerima).
“Sebab orang yang nak kutip derma ini, berilah kepada yang ada kemampuan... sebab kita yang bagi derma ini nak derma kita sampai kepada tempat yang kita derma,” katanya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan menetapkan tempoh untuk mengutip derma kerana ada pihak yang berterus meminta derma walaupun bencana sudah tamat.
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#derma NGO
#bencana
#Armizan Mohd Ali
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan