awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/03/2025
03:25 MYT
Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Perdana Menteri berkata, majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Langkah membenarkan pencarum untuk terus mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka sebelum tiba masanya, seolah-olah mendera dan menghukum kumpulan berkenaan apabila mereka bersara kelak.
Perdana Menteri berkata, statistik menunjukkan majoriti pencarum daripada kalangan kaum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan mereka akan berhadapan masalah apabila mencapai usia persaraan.
Beliau berkata, KWSP memang mempunyai pertimbangan untuk memberi pengecualian kepada kes tertentu, namun ruang itu tidak boleh dibuka terlalu luas demi masa hadapan kumpulan pencarum itu sendiri.
“Prinsip yang kita pegang puluhan tahun, ketika saya menjadi Menteri Kewangan dahulu, KWSP ini adalah simpanan untuk hari tua … jadi sementara saya faham keluhan Yang Berhormat. Ada kalanya pengecualian diberikan dan kelonggaran... dan ini diberikan dan banyak kes rayuan khusus diberi pertimbangan khas, terutama dalam keuzuran dan sebagainya.
“Tapi jika buka ruang yang terlalu luas, kita akan 'menghukum' mereka apabila mereka tua dan bersara. Jadi kerajaan kena seimbangkan antara selesaikan masalah mendesak segera, dan 'menghukum' dan 'mendera' dalam keadaan mereka tiada upaya lain,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang mahu mengetahui sekiranya kerajaan bercadang untuk membenarkan kumpulan pencarum yang mengalami masalah kewangan mendesak untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.
Nurul Amin berkata: "Kerajaan harus lihat secara holistik masalah rakyat. Ada pencarum yang berhenti kerja dan diberhentikan kerja. Tak ada pendapatan, terpaksa berhutang, gadai rumah dan segalanya tak ada duit untuk hidup. Tetapi mereka ada duit dalam KWSP.
“Adakah kerajaan wajar untuk pertimbangkan kumpulan pencarum tercicir, keluarkan akaun simpanan sendiri untuk teruskan kehidupan, pengeluaran bersasar?” soalnya.
Untuk rekod, kerajaan sebelum ini telah membenarkan beberapa pengeluaran khas KWSP sejak pandemik COVID-19, seperti i-Lestari (RM500), i-Sinar (RM10,000), i-Citra (RM5,000) serta pengeluaran khas RM10,000.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Perdana Menteri
#caruman awal
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan