ISLAMABAD: Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman pada Rabu berkata bahawa banjir yang melanda negara itu adalah antara tragedi iklim terbesar yang pernah disaksikan dunia abad ini.
Banjir itu telah mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta lagi.
"Misi menyelamat telah dihentikan, tetapi operasi bantuan itu adalah paling lama pernah dilihat oleh mana-mana negara," kata menteri iklim itu.
Dianggarkan 20.6 juta orang masih memerlukan bantuan.
Beliau berkata bahawa banjir telah menyebabkan nilai kerosakan lebih AS$40 bilion seperti dianggarkan oleh Bank Dunia, dibimbangi kerugian dan kerosakan sebenar adalah lebih tinggi daripada anggaran serta meningkat mengikut peredaran masa, lapor Xinhua.
'Air termenung' yang membanjiri 11 daerah di selatan Sindh dan wilayah Balochistan menjadikan misi bantuan kemanusiaan sebagai suatu cabaran besar, kata Rehman.
Lebih 4 juta hektar tanaman rosak dan ditenggelami air hingga mengakibatkan 14.6 juta orang berdepan krisis makanan dan pertanian, kata menteri itu.
Hasil eksport Pakistan hampir musnah, malah negara itu perlu mengimport makanan selepas banjir.
Rehman berkata 15.4 juta lagi penduduk di Pakistan dijangka berada di bawah paras kemiskinan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Banjir itu telah mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta lagi. - AP
Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.
AWANI Ringkas: PM buat pengumuman penting esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Di sebalik tabir pasukan teknikal di Arafah
Jutaan umat Islam berhimpun di Padang arafah untuk menunaikan hari kemuncak haji iaitu berwukuf.
Badan penyiar Arab Saudi (SBA) juga menyiarkan secara langsung proses ibadah haji bersiaran terus menerus di pelbagai platform media.
Dzulfitri Yusop yang kini berada di arafah sedia untuk memberikan ganbaran penuh di Arafah.
Badan penyiar Arab Saudi (SBA) juga menyiarkan secara langsung proses ibadah haji bersiaran terus menerus di pelbagai platform media.
Dzulfitri Yusop yang kini berada di arafah sedia untuk memberikan ganbaran penuh di Arafah.
Kertas siasatan bocor: Buat laporan polis jika keluarga Zayn Rayyan rasa terancam - Saifuddin
Ahli keluarga Zayn Rayyan diminta untuk membuat laporan kepada pihak polis sekiranya berasa terancam susulan dakwaan kebocoran kertas siasatan.
MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
MCMC telah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan maklumat siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang
SWCorp Pahang mengambil inisiatif memasang CCTV di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang sejak awal bulan ini.
KIGIP bukan persaingan tetapi saling melengkapi taman perindustrian lain - Tengku Zafrul
Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) bukannya bersifat bersaing, tetapi saling melengkapi taman-taman perindustrian sedia ada.
Terbuka British jadi acara terakhir Tiger Woods musim ini
Tiger Woods akan menjadikan kejohanan Terbuka British (The Open) di Royal Troon bulan depan sebagai acara terakhirnya musim ini selepas gagal melepasi 'cut' dalam Terbuka AS, lapor PA Media/dpa.
Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas selepas dikhuatiri hilang dihanyutkan arus semasa mandi bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di sini pada Jumaat.
Pasangan terpendek di dunia berkahwin
Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.
Ketua OIC gesa negara anggota hulur bantuan banjir kepada Pakistan
Beliau menyeru OIC menghulurkan "bantuan kecemasan bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang terjejas".