awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai ada persamaan tragedi Pos Dipang pada 1996 - JMG

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
21/08/2021
10:46 MYT
Bencana Gunung Jerai ada persamaan tragedi Pos Dipang pada 1996 - JMG
Kejadian itu berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor geologi termasuk tanah runtuh dan aliran puing serta lumpur. - Gambar/ Bernama
YAN: Kejadian bencana geologi di Gunung Jerai pada Rabu mempunyai persamaan dengan tragedi yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada tahun 1996, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 44 mangsa.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman, berkata kejadian itu berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor geologi termasuk tanah runtuh dan aliran puing serta lumpur.
Justeru, beliau berkata hasil kajian dan siasatan serta penilaian risiko perlu dibuat dengan segera agar potensi untuk bencana geologi itu berulang di Gunung Jerai dapat dikenal pasti untuk diambil tindakan sewajarnya.
"Selepas mendapat hasil kajian dan siasatan, kita akan buat syor kepada pihak kementerian atau kerajaan tempatan untuk cadangan yang perlu dipertimbangkan.
"Kita akan masukkan sekali penilaian risiko untuk mengelakkan bencana seperti ini berlaku lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan awal di kawasan Titi Hayun, Yan pada Sabtu.
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Dua mangsa hilang masih belum ditemukan
BACA: Bencana Gunung Jerai: Hampir RM5 juta peruntukan pulih kerosakan - KASA
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang pada Rabu, fenomena kepala air dan banjir lumpur berlaku di kawasan kaki Gunung Jerai yang menyebabkan lebih 20 kampung merangkumi kira-kira 800 keluarga terjejas di Yan, Gurun dan Merbok.
Selain itu, empat orang terkorban manakala dua lagi masih hilang akibat kejadian berkenaan.
Sementara itu, dalam kejadian banjir lumpur yang berlaku di Penempatan Orang Asli Pos Dipang, pada 22 Ogos 1996, 44 mangsa disahkan terkorban manakala lima hilang.
Topic Berkaitan
#bencana
#gunung jerai
#pos dipang
#tanah runtuh
#banjir lumpur
#persamaan
#JMG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan