awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: Banjir bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
18/08/2021
20:46 MYT
Bencana Gunung Jerai: Banjir bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata, kejadian banjir itu disebabkan oleh fenomena kepala air dari kawasan puncak Gunung Jerai. -Gambar media sosial
YAN: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan mengatakan banjir melibatkan beberapa kampung dan kawasan perumahan di kawasan kaki Gunung Jerai di Yan dan Kuala Muda pada Rabu adalah disebabkan oleh aktiviti pembalakan.
Beliau berkata kejadian banjir itu sebaliknya berpunca daripada fenomena kepala air dari kawasan puncak Gunung Jerai.
"Laporan pertama diterima sekitar 5.30 petang tadi.
"Banjir berpunca daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan Gunung Jerai, dan air mengalir laju turun ke kaki gunung melibatkan Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.
Kejadian Kepala Air | Dua disahkan maut, satu masih hilang
"Ada pihak segera menuding jari bahawa berlaku pembalakan di Gunung Jerai.
"Saya ingin mengesahkan bahawa laporan daripada Jabatan Perhutanan, tidak ada sebarang aktiviti pembalakan di Gunung Jerai sejak 30 tahun dahulu dan Gunung Jerai diwartakan sebagai kawasan hutan perlindungan,
"(Sekali lagi saya tegaskan) tidak ada apa-apa aktiviti pembalakan, kayu-kayu yang hanyut itu (adalah) kayu yang terbalik (pokok tumbang), (kayu) yang reput.
"Bila ada air datang dia hanyut, itu sajalah," katanya selepas meninjau kawasan terjejas di sini, malam tadi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: 2 maut, 1 dikhuatiri hilang
Katanya, antara lokasi terlibat ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak kawasan perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air kira-kira jam 3 petang Rabu.
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai, turut akibatkan banjir di kawasan sekitar
Topic Berkaitan
#bencana
#gunung jerai
#banjir kilat
#banjir lumpur
#kepala air
#pembalakan
#balak hanyut
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan