YAN: "Walaupun sedih, kami reda dan bersyukur mayatnya ditemui," kata Ku Ahmad Husaini Ku Shuib, 59, anak mangsa tragedi kepala air di kaki Gunung Jerai yang mayatnya ditemui dalam keadaan sempurna, hari ini.
Mayat bapanya, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui di bawah timbunan kayu dalam dalam yang baik tanpa luka besar walaupun dihanyutkan arus bersama kayu dan batu dalam kejadian empat hari lalu.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat mangsa berhampiran Chalet Puteri Ayu di Titi Hayun di sini, sekitar jam 3.30 petang tadi.
Mengulas lanjut, Ku Ahmad berkata, mereka sebenarnya sudah pasrah apabila mayat Allahyarham belum ditemui selepas beberapa hari dilaporkan hilang.
"Keluarga saya sudah reda benda ini, cuma kami berharap sangat mayatnya ditemui. Bila sudah jumpa itu, bersyukur sangat... alhamdulillah... pasal sekurang-kurangnya kita boleh tengok arwah, ada kubur yang kita boleh ziarah," katanya ketika ditemui di sini, malam ini.
Menurut Ku Ahmad lagi, sebelum mayat bapanya ditemui, ibunya Kalsom Abdullah, 85, beberapa kali mengajaknya ke lokasi kejadian sejak malam tadi.
Namun permintaan itu tidak dapat ditunaikan memandangkan keadaan ibunya yang uzur selain keadaan lokasi yang agak berbahaya.
"Sedih juga tidak dapat tunaikan kehendak mak saya pagi tadi. Dia kata, ayah tunggu dia kat sana... dia cakap, dia nak jumpa dengan ayah... ayah tunggu di sana.
"Sebelum jumpa (mayat arwah), mak saya sendiri cakap dengan saya pagi tadi... semalam pun dia cakap, ayah tunggu mak," katanya.
Tambah Ku Ahmad, bapanya sebelum ini pernah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai imam di salah sebuah masjid di pekan Yan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Operasi SAR tumpu cari mangsa terakhir
BACA: Bencana Gunung Jerai: Mayat bekas imam ditemui dalam keadaan baik, hadap kiblat
Katanya, keperibadian arwah yang sentiasa rapat dengan ahli keluarga dan masyarakat setempat menjadikan pemergiannya akan dirindui buat selama-lamanya.
Terdahulu, media melaporkan mayat Ku Shuib yang juga mangsa kelima yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan SAR pukul 3.30 petang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata mayat didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar empat hari lalu.
"Keadaan mayat didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.
"Mayat juga ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai," katanya di sini, hari ini.
Abd Hadi Che Awang
Sun Aug 22 2021
Mayat Ku Shuib ditemui pasukan SAR pukul 3.30 petang. - Gambar/ Facebook Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.
Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.
281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.