awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: Mayat ditemui di bawah longgokan kayu hanyut, lumpur

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/08/2021
16:31 MYT
Bencana Gunung Jerai: Mayat ditemui di bawah longgokan kayu hanyut, lumpur
Mayat mangsa ditemui di sebalik timbunan dahan kayu, daun dan lumpur pada jam 10.35 malam. - Gambar/ Astro AWANI
YAN: Mayat pekerja Jerai Hill Resort yang dilaporkan hilang akibat dihanyutkan air deras dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini, ditemui malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat Sharuzi Mohamad, 53, ditemui di sebalik timbunan ranting kayu, daun dan lumpur pada jam 10.35.
Katanya, lokasi itu terletak berhampiran tangki air besar di kawasan berkenaan.
“Mangsa dihanyutkan air kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dia dilaporkan hilang.
"Lokasi terbabit sama dengan mangsa yang ditemui selamat petang tadi.
"Operasi tamat jam 11.30 malam," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat berkenaan.
Kejadian Kepala Air | Dua disahkan maut, satu masih hilang
BACA: Bencana Gunung Jerai: Dua disah maut, satu masih hilang - MB
BACA: Bencana: Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir
Dalam kejadian jam 4.30 petang tadi, tiga selamat manakala seorang lagi hilang selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai.
Seorang daripad mereka cedera di bahu dan sudah dihantar ke hospital menggunakan khidmat EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai, turut akibatkan banjir di kawasan sekitar
Bomba berkata, kesemua mereka adalah pekerja di Jerai Hill Resort di puncak Gunung Jerai.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan dua maut akibat bencana berkenaan.
Seorang lelaki berusia 65 tahun menjadi mangsa pertama yang dipercayai lemas susulan kejadian kepala air yang berlaku di Kampung Setoi, di kaki Gunung Jerai.
Seorang lagi lelaki iaitu Sharuzi, menjadi mangsa kedua, dengan mayatnya ditemui malam ini di atas gunung berkenaan.
Terdahulu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak kawasan perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi.
Bencana | 20 terkandas di puncak Gunung Jerai
Topic Berkaitan
#bencana
#gunung jerai
#kepala air
#tanah runtuh
#banjir kilat
#banjir lumpur
#mayat
#longgokan kayu
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan