awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana: Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2021
10:57 MYT
Bencana: Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir
Kepala air yang berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi menyebabkan banyak kerosakan. - Gambar/ Media sosial
YAN: Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.
Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.
"Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.
"Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga merosakkan kawasan itu.
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai
"Kampung yang berada di kaki Gunung Jerai juga dinaiki air. Paling teruk yang berdekatan sungai. Malah pekan Yan turut dilanda banjir. Ini kerana lokasinya yang terletak di tepi laut.
"Paras air laut pula kebetulan ketika ini agak tinggi atau digelar air mati. Jadi ia menyebabkan banjir lambat surut," katanya.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, mereka menerima banyak laporan dan sedang menjalankan operasi.
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai, turut akibatkan banjir di kawasan sekitar
Topic Berkaitan
#gunung jerai
#kepala air
#bencana
#seri perigi
#kawasan peranginan
#pekan yan
#air mati
#air pasang
#banjir
#banjir kilat
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan