ALOR GAJAH: Seorang bapa tunggal terpaksa mengenepikan perasaan malu selepas buntu apabila hampir terputus bekalan makanan.
Yaakob Montel, 54, yang menetap di Taman Kebaya, di sini mengakui, dia terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sedikit bantuan barangan keperluan buat tiga orang anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahun.
Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori bergaji hari mengakui sanggup melakukan apa sahaja termasuk menebalkan muka menggantung bendera putih asalkan tiga anaknya termasuk anak bongsu yang merupakan murid pendidikan khas tidak berlapar atau terpaksa ikat perut.
Katanya, jika dahulu dia mampu meraih pendapatan sehingga RM150 sehari dengan menyewa lori miliknya, namun kini, semuanya terhenti sejak sekatan pergerakan penuh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jun lalu.
Bahkan, kata Yaakob, pada minggu pertama serta kedua tidak bekerja, dia masih mampu menampung belanja dengan duit simpanan.
Bagaimanapun, apabila PKP disambung, bekalan makanan semakin surut dan hanya telur serta mee segera sahaja yang mampu disediakan untuk mengisi perut mereka empat beranak.
“Dalam masa sebulan lalu (keadaan) semakin terkesan (hanya mampu) makan mee segera, telur kicap dan sardin, nak makan lain tak mampu nak beli,” kata Yaakob dalam pertemuan dengan Astro AWANI di kediamannya pada Khamis.
BACA: PEMULIH: Semua Ahli Parlimen terima RM300,000 untuk Bantuan Bakul Makanan - PM
Kata Yaakob, tindakan menggantung bendera putih dilakukannya selepas terbaca perkongsian di laman Facebook mengenai kempen berkenaan sekiranya individu sepertinya terdesak memerlukan bantuan barangan keperluan.
Memandangkan di rumahnya tiada kain putih, Yaakob hanya mampu terfikir baju sekolah lama anaknya yang digantungkan sebelum pelbagai pihak termasuk jiran tampil menghulur bantuan.
Yaakob yang telah berpisah dengan isterinya sejak empat tahun lalu itu mengakui, pada malam sebelum menggantungkan bendera putih itu, dia tidak dapat tidur lena memikirkan makan minum ketiga-tiga anaknya.
“Sebelum tidur, saya fikir sudah tidak mampu nak bagi anak-anak saya makanan. Tidak seperti sebelum ini tidak pernah terjejas (makanan),” katanya berkongsi kesedihan.
Menurut Yaakob, tindakan menggantung bendera putih yang dilakukannya bukan bertujuan untuk meminta- minta, sebaliknya, selepas memikirkan sedalam-dalamnya bahawa keperluan makanan buat anak- anak menjadii keutamaan.
Dalam masa sama, Yaakon berharap orang ramai tidak membuat tomahan atau salah faham dengan tindakan yang dilakukannya itu selain berterima masih kepada pihak yang prihatin dengan keadan dia dan anak-anak.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
Dalam situasi negara berhadapan pandemik yang mengakibatkan ramai rakyat terjejas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Antara lain, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos, yang memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Selain itu, peruntukan sebanyak RM300,000 juga disalurkan kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat COVID-19.
Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jul 01 2021

Yaakob Montel mengakui, dia terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sedikit bantuan barangan keperluan buat tiga orang anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahun. - Gambar Astro AWANI
Teater Hamdolok: Usaha lestarikan seni tradisi yang semakin dilupakan
Hamdolok diambang kemusnahan dan hampir pupus kerana kurang aktiviti persembahan, minat dan pewaris generasi baru dan muda.

Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Kementerian berkaitan sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.

All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.

UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
AWANI Ringkas: Ahli parti bebas persoal dasar kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dunia perlu bangkit, bukan hanya lihat kekejaman Israel - ABIM
Masyarakat dunia perlu bangkit bersama menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan bukan hanya melihat hak asasi mereka terus dicabul rejim zionis Israel.
Saingan tiga penjuru di Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Siri khas hari Malaysia, laporan MalaysiaKini tidak tepat - JPN
Beberapa maklumat dan informasi yang dilaporkan portal Malaysiakini dalam siri khas Hari Malaysia ‘Merungkai Isu Golongan Tiada Kerakyatan Di Malaysia’ bertarikh 15 hingga 22 Sept lalu, adalah tidak tepat, menurut Jabatan Pendaftaran Negara.

PRK Pelangai: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK Pelangai.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

#BenderaPutih: Segera adu masalah kepada pihak berwajib - MB Perak
Menteri Besar Perak tegaskan, jentera bantuan di lapangan sudah digerakkan khusus membantu orang ramai yang memerlukan pertolongan.