Raden percaya, senaman secara teratur dipercayai meningkatkan kualiti kehidupan seks kamu dan pasangan. Dengan bersenam, kekuatan otot akan bekerja secara optimum sehingga kamu bersedia menerima kejutan daripada suami saat beraksi di ranjang. Uniknya, tidak hanya pengaruh lingerie yang mampu memanaskan aktiviti seks, malah bentuk badan wanita juga memberi pengaruh sama.

Bak kata Pakar Terapi Seks dan Seksologi Klinikal, Michelle L. Delevante; bentuk tubuh wanita ternyata secara tidak langsung menggambarkan bagaimana cara wanita beraksi dan keinginannya saat di ranjang. Namun yang menjadi pertanyaan adalah, apakah faktor berat badan mempengaruhi kegiatan seks yang dilakukan? Jawapannya, semua bergantung kepada wanita itu dalam menilai dirinya sendiri di hadapan pasangan.


Bayangkan Saat yang Sensual

Sebagai seorang wanita, kamu seharusnya memiliki jiwa sensualiti yang cukup tinggi. Pancarkan jiwa sensualiti dan keindahan tubuh yang kamu miliki. Kedua-duanya akan terpancar dengan sendirinya secara sempurna saat kamu ‘bertempur’ dengan si dia.


Nikmati Setiap Sentuhan

Menikmati setiap sentuhan daripada pasangan akan memberikan sensasi yang luar biasa dan membuat kamu larut dalam suasana bercinta. Menjadi diri sendiri dengan gerakan tubuh yang bebas membuat kamu tampil begitu percaya diri sendiri dengan kondisi apa pun dalam diri kamu saat beraksi di hadapan pasangan.

Kunci Utama Adalah Sihat

Jika kamu berasa selesa dengan bentuk badan yang langsing tentunya harus terlebih dahulu bersandar pada nilai kesihatan diri. Tanyakanlah sesekali kepada pasangan mengenai bentuk tubuh kamu. Jika pasangan menyukainya, bererti kamu tidak harus susah payah menurunkan berat badan. Siapa tahu, si dia mungkin menyukai pasangan tidur dengan bentuk tubuh yang lebih subur daripadanya.