awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finland sertai Deklarasi New York berhubung usaha damai Palestin

Bernama
Bernama
06/09/2025
07:30 MYT
Finland sertai Deklarasi New York berhubung usaha damai Palestin
Presiden Alexander Stubb menyambut baik keputusan tersebut, menyifatkannya sebagai "langkah baik ke arah penyelesaian dua negara. - Gambar fail/ AP
HELSINKI: Finland memutuskan untuk menyertai Deklarasi New York yang menyokong usaha damai dan penyelesaian dua negara bagi Palestin, umum kerajaan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Finland menyertai Deklarasi New York yang menyokong usaha damai dan penyelesaian dua negara bagi Palestin, namun menegaskan penyertaan itu tidak bermakna pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin.
  • Keputusan tersebut disifatkan Presiden Alexander Stubb sebagai langkah positif ke arah penyelesaian dua negara, selaras dengan dasar luar dan keselamatan Finland serta program Perdana Menteri Petteri Orpo.
  • Deklarasi itu dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi dalam persidangan PBB akhir Julai, dengan tarikh akhir penyertaan ditetapkan pada 5 September.

Menteri Luar Elina Valtonen membuat keputusan itu selepas mengadakan rundingan dengan kepimpinan negara. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa "penyertaan dalam deklarasi itu tidak bermakna Finland mengiktiraf negara Palestin," menurut kenyataan kerajaan.
Kerajaan Finland menegaskan langkah itu selaras dengan program Perdana Menteri Petteri Orpo serta garis panduan dasar luar dan keselamatan Finland.
Kemudiannya pada Jumaat, Presiden Alexander Stubb menyambut baik keputusan tersebut, menyifatkannya sebagai "langkah baik ke arah penyelesaian dua negara" dan mengulangi bahawa "penyelesaian dua negara adalah matlamat jangka panjang Finland."
Perancis dan Arab Saudi menganjurkan persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir Julai bagi menggerakkan usaha ke arah penyelesaian dua negara. Pada penghujung mesyuarat itu, mereka menjemput negara anggota PBB untuk menyokong deklarasi berkenaan, dengan 5 Sept ditetapkan sebagai tarikh akhir penyertaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Finland
#deklarasi new york
#Alexander Stubb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan