KLANG: Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit yang juga warga tempatan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah telah datang ke sebuah gerai bagi membeli bunga api sekitar jam 4.30 petang di tepi jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, dekat sini.
Beliau berkata, mangsa yang juga peniaga limau dan mercun telah membungkus bunga api yang diminta, namun suspek tiada wang untuk membayar.
"Disebabkan tidak mempunyai wang, mangsa yang merupakan pemilik gerai telah mengambil semula bungkusan bunga api yang mahu dibeli oleh suspek.
"Namun sekitar jam 7 malam, suspek telah datang semula ke gerai dan membaling satu botol dipercayai mengandungi minyak petrol ke arah gerai milik pengadu.
"Tindakan lelaki tersebut telah mengakibatkan sebahagian gerai dan barangan jualan telah terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Khairi berkata, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan mangsa telah membuat laporan polis pada Rabu.
Kata beliau, bertindak atas maklumat, suspek telah berjaya ditangkap di Taman Karuppiah, Padang Jawa, dekat sini jam 1 tengah hari pada Rabu.
Menurutnya, berdasarkan semakan, suspek berusia 25 tahun dan penganggur itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Tambah beliau, kes akan disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024
Sebahagian gerai menjual limau, bunga api dan mercun terbakar selepas seorang lelaki bertindak membaling botol berisi minyak petrol di Klang. - Gambar/ Sinar Harian
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Penambahbaikan tadbir urus, tata kelola pengurusan kewangan bola sepak tempatan
Mencari solusi komprehensif kepada ketirisan, kelemahan tadbir urus dan tatakelola dalam pengurusan kewangan sukan bola sepak tempatan yang kini semakin meruncing.
Kurangkan import minyak, gas, segerakan dasar tenaga lestari
Rafizi berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran.
Cinta ditolak isteri orang, penganggur bakar kedai telefon bimbit
Gara-gara cinta ditolak isteri orang, seorang lelaki berusia 54 tahun dipercayai bertindak membakar sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, dekat sini pada Sabtu.
Tak sangka suspek bakar kedai ialah jiran sejak kecil - Mangsa
Walaupun kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam kepadanya ekoran kehilangan punca pendapatan, namun dia tidak menyimpan dendam kepada ahli keluarga suspek.