AMPANG JAYA: Gara-gara berang akibat tidak dibantu untuk mengangkat tong gas, seorang lelaki bertindak mengacukan pistol mainan sebelum membelasah penghantar barang Lalamove dengan topi keledar, di Taman Putra Ampang, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suspek turut merosakkan motosikal milik mangsa.
"Berdasarkan siasatan, polis mendapati mangsa terserempak dengan seorang lelaki yang hampir jatuh bersama tong gas dan meminta tolong.
"Justeru, mangsa membantu suspek namun tidak dapat memenuhi permintaan lelaki itu untuk meletakkan tong gas tersebut di atas motosikal kerana mangsa bertaraf orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah tulang belakang.
"Tidak puas hati dengan mangsa, suspek cuba menggertak dengan mengacukan pistol mainan, namun mangsa dapat merebut pistol mainan itu dan membuangnya.
"Suspek kemudian menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Isnin.
Susulan kejadian, polis menahan suspek di Kampung Tasik Permai Ampang, di sini, kira-kira jam 4.20 petang, semalam.
Berdasarkan semakan, beliau memberitahu, lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan ujian air kencing dijalankan mendapati suspek negatif dadah.
"Kita menahan reman lelaki itu untuk empat hari bermula 28 April untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Umavathi Ramayah
Mon Apr 29 2024
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi. -Gambar hiasan
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.