Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM

Go Pei Kee. - Foto Instagram Go Pei Kee
PEMAIN beregu wanita negara, Go Pei Kee, menimbulkan persoalan berkenaan statusnya selaku atlet badminton negara selepas memuat naik kiriman mengejutkan di media sosial.
Ia, susulan desas-desus menyatakan Pei Kee memutuskan untuk 'keluar' daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti kebanyakan laporan akhbar dan portal tempatan.
Difahamkan, dia telah menghantar surat peletakan jawatan dan peminat badminton tanah air sedang menantikan perkembangan seterusnya.
Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan perpisahan bersama Teoh Mei Xing meskipun sudah 19 bulan bergandingan.
Menurut sumber, BAM akan mengadakan perbincangan bersama bekas pemain ranking ke-18 dunia itu bagi mengetahui perancangan dan situasi terbaru dirinya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


