awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Berbelanja dengan berhemah di Madinah, masa lebih panjang di Makkah'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2025
00:50 MYT
‘Berbelanja dengan berhemah di Madinah, masa lebih panjang di Makkah'
Jemaah haji dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keperluan asas seperti makanan dan kesihatan berbanding perbelanjaan sampingan. Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Hisham - Foto Sinar Harian
MAKKAH: Jemaah haji dinasihatkan supaya berbelanja dengan berhemah ketika berada di Madinah memandangkan tempoh masa mereka berada di Makkah adalah lebih lama sebelum pulang ke tanah air.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, jemaah haji perlu menguruskan kewangan dengan bijak sejak awal perjalanan.
Menurutnya, pihak Lembaga Tabung Haji (TH) hanya menyediakan makan tengah hari dan makan malam manakala sarapan dibiayai oleh jemaah sendiri.
“Di Madinah memang ramai yang ambil peluang untuk membeli-belah, itu tidak salah. Malah, Tabung Haji ada menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan ke Malaysia menerusi syarikat-syarikat yang telah dilantik.
“Namun begitu, berbelanjalah dengan berhemah kerana kita masih ada tempoh yang panjang di Makkah selepas ini, antara 40 hingga 50 hari,” katanya kepada pemberita di Abraj Al Janadriyah di sini.
Menurut beliau lagi, jika berlaku kekurangan wang semasa di Tanah Suci, jemaah boleh memanfaatkan perkhidmatan pemindahan wang melalui perbankan seperti Bank Islam, atau memasukkan wang ke dalam akaun Tabung Haji melalui waris atau ahli keluarga di tanah air.
“Jangan risau tentang makan tengah hari dan malam, itu memang sentiasa disediakan.
"Untuk sarapan, jemaah haji boleh membeli makanan di kafe yang menjual pelbagai jenis sajian termasuk makanan tempatan dan juga hidangan yang biasa kita makan di Malaysia,” tambahnya.
Beliau turut menasihatkan agar jemaah haji sentiasa mengutamakan keperluan asas seperti makanan dan kesihatan berbanding perbelanjaan sampingan bagi memastikan kelangsungan kewangan sepanjang tempoh haji yang panjang.
“Insya-ALLAH, jika kita urus perbelanjaan dengan cermat, segalanya akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT,” katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#rakyat Malaysia
#Mohd Hisham Harun
#Tanah Suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami