DAP diminta melihat dan mencari penyelesaian dalam isu hudud dengan cara berdamai.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata setiap parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat harus melihat masa depan yang cerah dan mencari jawapan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
"Sebesar mana pun masalah pasti ada penyelesaiannya. Mari kita berjiwa besar melihat masa depan Pakatan Rakyat yang cerah.
"Mari kita mencari titik temu bagi menyelesaikan masalah ini. Pemuda PAS sangat optimis bahawa adanya jalan penyelesaian terhadap masalah ini.
"Berdamailah. Kerana rakyat Malaysia mahu kita semua berdamai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Suhaizan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang memaklumkan kesemua 37 Ahli Parlimen DAP mengumumkan keputusan menolak pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS kerana ia disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.
Kata Guan Eng lagi, rakyat negara ini yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu mengundi untuk dasar bersama, bukan untuk pelaksanaan hudud.
Kata Suhaizan lagi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah Presiden kepada semua ahli PAS dan Pemuda adalah sayap utama menjaga kepentingan pemimpin dan ahli parti.
"Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sangat kecewa dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
"Kami Pemuda PAS mahu PAS kuat bersama PR. Bagaimana PAS boleh kuat bersama PR tanpa Presiden kami?
"Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah umpama memutuskan hubungan dengan PAS," ujarnya.
Pada Selasa, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, Guan Eng dinasihat agar tidak terlalu angkuh dengan kenyataan parti itu yang menolak pelaksanaan hudud selain meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
Tegasnya, tiada sebab DAP dan PKR menolak agenda hudud PAS yang sedia diketahui dan difahami sebelum pembentukan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Astro Awani
Tue Mar 24 2015

SUHAIZAN: Berdamailah! Cari penyelesaian dalam konflik hudud. -Gambar fail

Pegawai pentadbiran Trump tersilap dedah rancangan perang AS
Seorang pegawai kanan pentadbiran Trump secara tidak sengaja membocorkan rancangan serangan ke atas Houthi dalam kumpulan pemesejan Signal, yang turut disertai seorang wartawan.
Serangan Udara Israel di Hospital Nasser, Lima Terbunuh Termasuk Pemimpin Hamas
AMARAN VIDEO INI MUNGKIN MEMBABITKAN VISUAL YANG BERBAHAYA DAN MENGERIKAN.
Rakaman dari Al Jazeera menunjukkan saat serangan udara Israel di hospital Nasser di Gaza pada Ahad yang membunuh lima orang, termasuk seorang pemimpin politik Hamas dan pakar perubatan Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu mengenai bahagian pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis.
Hamas berkata seorang anggota pejabat politiknya, Ismail Barhoum terbunuh.
#AWANInews
Rakaman dari Al Jazeera menunjukkan saat serangan udara Israel di hospital Nasser di Gaza pada Ahad yang membunuh lima orang, termasuk seorang pemimpin politik Hamas dan pakar perubatan Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu mengenai bahagian pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis.
Hamas berkata seorang anggota pejabat politiknya, Ismail Barhoum terbunuh.
#AWANInews
Pertumbuhan pelancongan domestik: Mampan atau sementara? - Datuk Azlie Halim
Datuk Azlie Halim, Prof Adjung UMK & Timbalan Presiden MiTDA, membincangkan isu-isu kritikal mengenai pertumbuhan pelancongan domestik di Malaysia dan strategi jangka panjang untuk mengekalkan momentum ini.

MPL Malaysia kembali 19 April dengan dua fasa playoff
Perlawanan playoff musim 15 menyaksikan fasa satu berlangsung pada 30 dan 31 Mei manakala fasa dua pada 14 dan 15 Jun.
AWANI Pagi: Risiko microsleep ketika perjalanan di musim perayaan
Ketahui punca dan risiko serta jalan penyelesaian untuk atasi keletihan dan microsleep semasa perjalanan musim perayaan ini bersama Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Madya Dr. Ts. Siti Zaharah Ishak.
Prestasi S&P 500: Sehingga 25 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Lonjakan S&P 500: Kesan tariff AS dan optimisme pasaran
S&P 500 melonjak ke paras tertinggi dalam dua minggu, dipacu oleh saham NVIDIA dan Tesla serta pendekatan tarif yang lebih berhati-hati oleh pentadbiran Trump.
Amerika Syarikat berisiko gagal bayar hutang seawal Julai
Laporan terbaru oleh penganalisis memberi amaran bahawa kerajaan AS mungkin berdepan risiko gagal membayar hutang seawal Julai jika had pinjaman tidak dinaikkan. Ketidaktentuan ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran kewangan global dan penarafan kredit negara.
Perang tarif: Malaysia antara sasaran Trump
Presiden AS Donald Trump dijangka mengecualikan tarif sektor tertentu sambil mengenakan levi timbal balik pada 2 April. Namun ada 15 negara akan dikenakan tarif termasuk Malaysia.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 25 Mac 2025
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan lewat dagangkan. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

DAP terus bersatu selepas pemilihan parti, fokus kepada kemenangan PRU16
Kesemua anggota parti akan bekerjasama untuk membawa mandat perwakilan serta memastikan kemenangan Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning
DAP akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Karpal, terajui DAP ikut acuan semasa
Gobind dan mendiang Karpal memimpin DAP pada waktu yang berbeza, tetapi muncul pada masa yang sesuai dengan perubahannya.

Gobind ikrar perkukuh asas, hala tuju DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu dilantik Gobind Singh Deo berikrar akan mengutamakan usaha bagi mengukuhkan asas dan hala tuju parti.

Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkauman sempit, dangkal - Anwar
Agenda mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.

Bukan elak reformasi tapi perlu ikut proses, gopoh bawa kegagalan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa untuk mengelakkan kegagalan.

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.