TUMPAT:Hasrat seorang pelajar cemerlang yang menerima tawaran melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara dalam bidang perakaunan terpaksa dilupakannya kerana kekangan kewangan.
Selain itu, Nurul Asma Alya Mohd Zainal, 22, bekas pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) dengan kelulusan 3.95 CGPA itu turut mengalami masalah berdepan ketiadaan beras dan lauk di rumahnya.
Ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini, beliau berkata penutupan kantin sekolah pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ibunya tidak dapat bekerja.
Beliau ketika menjelaskan situasi tersebut, dilihat menitiskan air mata kerana tidak dapat menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) yang perlu dibayar dengan harga RM800 pada Oktober tahun lepas.
“Saya diberi peluang sambung pelajaran ke luar negara. Tetapi oleh sebab COVID-19 dan tak mampu nak bayar peperiksaan untuk sambung ke oversea sebanyak RM800, saya terpaksa lupakan cita-cita saya.
“Oleh itu, saya nak sambung belajar di Malaysia. Dalam tempoh sekarang nak dapatkan laptop, akses internet dan sebagainya, tetapi sukar kerana kehidupan keluarga susah,” katanya lagi.
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat itu antara pelajar cemerlang selepas mencatatkan keputusan 7A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia sebelum menyambung peringkat diploma di KPM.
Bagaimanapun akibat kesempitan hidup, cita-citanya dilupakan walaupun ditawarkan tajaan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyambung pengajian di luar negara.
Katanya, beliau masih mengharapkan ada sinar untuknya menyambung pengajian dalam negara bagi membela nasib keluarganya yang menetap di Kampung Banggol Petani, di sini.
Berkongsi keperitan, ibunya Nuriha Mohd Nor, 55 tahun nyata tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menunaikan hasrat anak bongsunya.
Ibu tunggal itu sudah bercerai 10 tahun lalu dan mempunyai empat orang anak, dengan tiga daripadanya juga tidak mempunyai pendapatan tetap.
Nurul Asma Alya sebelum ini pernah meminta bantuan instafamous bagi mendapatkan bantuan barangan keperluan selepas keluarga ini terputus bekalan makanan sejak beberapa hari lepas.
Muhafandi Muhamad
Tue Feb 09 2021
Penutupan kantin sekolah sepanjang PKP menyebabkan ibu Nurul Asma Alya tidak dapat bekerja menyebabkan dua beranak ini berdepan kekangan kewangan. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM
Emina berkata walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, dia masih menjadikan media sosial sebagai pilihan kedua dalam karier hidupnya.
UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian
Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke UMS menarik perhatian Menteri Pendidikan.
Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva
Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) 2024 di Geneva, Switzerland.
Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti
Ia diharap menjadi langkah permulaan untuk Muhammad Syahid memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.
Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar.
Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.
Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian
Kerajaan memutuskan semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 10A dan ke atas akan mendapat tempat di peringkat matrikulasi.
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.
Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang
Izzah menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan CGPA 3.77 selain menerima anugerah dekan.
Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.