awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berebut tempat duduk, remaja 16 tahun maut ditikam kakak

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2022
15:23 MYT
Berebut tempat duduk, remaja 16 tahun maut ditikam kakak
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Akibat berebut tempat duduk dalam kereta semasa pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai ditikam kakaknya dalam kejadian di Ulu Pulai Ulu Choh di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya berusia 18 tahun.
"Ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah.
"Suspek mengaku telah baling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Rahmat, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis.
"Suspek telah ditangkap dan perintah reman akan dipohon pada Khamis. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kakak tikam adik
#Iskandar Puteri
#Johor
#berebut tempat duduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan