awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergaduh: Enam pelajar sekolah dilepas tanpa dibebas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/02/2024
08:17 MYT
Bergaduh: Enam pelajar sekolah dilepas tanpa dibebas
Keputusan dibuat oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas keluarga tertuduh bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan di luar mahkamah. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Enam pelajar sebuah sekolah menengah di Perlis dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Kanak-Kanak di Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu atas pertuduhan bergaduh di kawasan sekolah pada tahun lalu.
Keputusan dibuat oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas keluarga tertuduh bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan di luar mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia 17 tahun didapati berhimpun dengan menyalahi undang-undang bertujuan untuk bergaduh dimana perbuatan berkenaan dilakukan antara 10.45 pagi hingga 11 pagi pada 1 Ogos tahun lalu di satu kawasan lapang bersebelahan kantin di sebuah sekolah di Perlis.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Ch'ng De Sern.
Prosiding pada kali ini adalah sebagai lanjutan sebutan semula kes selepas pertuduhan terdahulu dibuat pada 10 November tahun lalu dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Sementara itu, De Sern ketika ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan yang dibuat mahkamah itu disambut baik oleh pelajar dan keluarga yang mahukan kes ini diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
“Hasil perbincangan bersama waris keluarga bersetuju untuk menarik balik kes itu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan kesemuanya sudah berbaik dan berdamai.
“Malah keputusan ini penting kepada masa depan pelajar terbabit memandangkan kesemuanya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada akhir tahun ini,” katanya.
“Apa yang penting adalah masa depan untuk pelajar berkenaan yang masih panjang untuk menjadi warga yang berguna untuk negara,” katanya.
Selain itu juga, apa yang membanggakan dari kes berkenaan adalah bukan sahaja pelajar yang terbabit menjadi lebih rapat tetapi juga kalangan ahli keluarga mereka.
Topic Berkaitan
#enam pelajar sekolah
#pergaduhan
#sekolah di Perlis
#dilepas tanpa dibebaskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan