IPOH: Umat Islam wajib berganding bahu memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah ancaman terhadap pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah dilakukan secara terang oleh musuh Islam yang berselindung melalui gerakan batiniah tertentu serta tindakan individu yang mempamerkan diri mereka sebagai ulama, ustaz, tuan guru dan seumpamanya.
"Namun pada hakikatnya, mereka (individu berkenaan) membawa ajaran yang menyeleweng dan tafsiran yang menyimpang daripada landasan Islam sebenar.
"Oleh itu ummah wajib berganding bahu memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, dipelihara, difahami dan dihayati," titah Sultan Nazrin ketika berkenan merasmikan Majlis Muzakarah Sultan Nazrin Shah Tahun 2023 dengan tema "Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Firqah Najiah" di sini hari ini.
Turut berangkat ke Majlis Muzakarah ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Sultan Nazrin bertitah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan utama umat Islam di seluruh dunia dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996, membuat ketetapan bahawa umat Islam negara ini hendaklah mengikut ajaran Islam berpaksikan manhaj berkenaan.
Titah baginda manhaj itu adalah daripada segi akidah, syariah dan akhlak; mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan sumber perundangan utama iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas; serta tidak dengan mudah mengkufurkan sesama Muslim.
"Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah disifatkan sebagai ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada kekeliruan di dalamnya. Pegangan ini merupakan warisan jati diri umat Islam di negara ini sejak agama Islam mula bertapak di Tanah Melayu," titah baginda.
Titah baginda Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa manusia dituntut berusaha dan berikhtiar, tetapi memahami bahawa Allah SWT yang menentukan hasil kejayaan dan pencapaian.
Pada program hari ini, Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan buku "Mengenal Kesesatan Syiah" dan buku "Jaringan Islam Liberal dan Agenda Pemurtadan Ummah".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah pada Majlis Muzakarah Sultan Nazrin Shah Tahun 2023 dengan tema -Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Firqah Najiah- hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Polis sahkan Papagomo ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.