awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerabat diraja Pahang

Bernama
Bernama
19/03/2025
15:32 MYT
Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerabat diraja Pahang
Istana Pahang berharap tiada yang terperdaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai. - FB Kesultanan Pahang
KUANTAN: Orang ramai diminta agar berhati-hati serta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial yang menggunakan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerabat diraja Pahang dan Kesultanan Pahang.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan berharap tiada yang terperdaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai.
"Kebelakangan ini, muncul banyak akaun Facebook palsu melibatkan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Isu sama yang turut ingin dijelaskan ialah mengenai akaun media sosial milik Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah," menurut hantaran itu.
Hantaran itu memaklumkan Tunku Azizah hanya memiliki akaun media sosial yang aktif di Instagram namun begitu ia bersifat peribadi manakala Tengku Hassanal mempunyai akaun di Instagram dengan nama "this.7".
Sebarang aktiviti atau titah secara langsung pula hanya akan disiarkan melalui platform media sosial menggunakan nama Kesultanan Pahang dan di Facebook, hanya terdapat satu sahaja akaun sah dengan kira-kira 685,000 pengikut.
Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, YouTube dan aplikasi X turut menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun palsu
#kerabat diraja Pahang
#Sultan Pahang
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan