Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menasihatkan orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga susulan kejadian hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan rumah rosak dan pokok tumbang di sekitar ibu negara, petang semalam.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata orang ramai perlu mengelakkan daripada meletakkan kenderaan atau berada di kawasan banyak pokok, papan tanda (street signboard) dan papan iklan (billboard) kerana ia berkemungkinan tumbang, ketika cuaca buruk.
Menurutnya kejadian hujan lebat dan angin kencang ekoran pembentukan awan kumulonimbus, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan arus perolakan yang kuat dalam awan berkenaan.
Pembentukan awan kumulonimbus katanya, kerap berlaku di Malaysia yang beriklim tropika.
Dr Mohd Hisham berkata selain mengakibatkan hujan lebat dan angin kencang, ia juga kadang-kala boleh menghasilkan hujan air batu.
"Orang ramai perlu peka dengan keadaan cuaca ini kerana angin yang dihasikan boleh mencecah 100 kilometer sejam, namun ia (kelajuan angin) ini jarang berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman www.met.gov.my, aplikasi myCuaca pada telefon bimbit pintar, laman sosial Facebook Malaysiamet dan Twitter @malaysianmet, SMS 15888 atau talian hotline 1300 22 1MET (1638).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 02 2018

Kejadian pokok tumbang ketika ribut boleh merosakkan harta benda awam dan membawa risiko nyawa. - Astro AWANI

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS
Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

Lapan pendaki terkandas di Gunung Liang selamat
Hujan lebat berterusan menyebabkan laluan turun yang merintangi sungai telah dinaiki air.

Polis sahkan kes remaja maut terjatuh dalam longkang tiada unsur jenayah
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Taman Ungku Aminah, Skudai di sini, semalam.

Pemandu maut, kereta terbabas rempuh treler dalam hujan lebat di Teluk Intan
Mangsa yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lima individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan
Lima individu nyaris maut selepas dua pokok tumbang menghempap dua kereta akibat hujan lebat dan ribut berhampiran susur keluar Jalan Ipoh ke Rawang, Selangor, petang tadi.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Banjir: Dua PPS dibuka di Kuching
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuching dengan 160 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan akibat banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Hujan lebat lebih 2 jam, beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Kuching dan Siburan mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam bermula jam 6 pagi tadi.