Berikan sokongan dan kepercayaan kepada Latheefa Koya untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan melaksanakan tugasnya dengan terbaik, kata bekas Ketua Pesuruhjaya (KP) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Mohd Shukri berkata adalah membuang masa untuk melalak dan "membawang" kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan mengenai pelantikan Latheefa sebagai KP SPRM yang baharu.
Katanya beliau meletakkan kepercayaan kepada Latheefa untuk memimpin SPRM dengan baik dan melaksanakan tugas untuk negara.
"Berikan sokongan dan biarkan dia membuat kerjanya. Biar dia buat yang terbaik dan kemungkinan dengan tugas dia sebelum ini sebagai peguam, dia boleh bawa idea-idea korporat dan diganding dengan inisiatif kerajaan," katanya dalam satu pertemuan dengan media di sini hari ini.
Mohd Shukri berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana yang menjalankan tugas adalah pegawai-pegawai SPRM dan tugas KP SPRM adalah untuk menggerakkan.
"KP baharu walaupun tidak ada pengalaman dalam kerja SPRM tetapi pegawai yang akan buat kerja, dan pegawai-pegawai ini memang ini terlatih. So benda ini akan berjalan lancar," katanya dalam satu pertemuan dengan media di sini hari ini.
Mohd Shukri turut menurunkan beberapa petua sebagai panduan bagi Latheefa untuk memimpin SPRM dengan baik iaitu "Do The Right Thing; Do It Right; Independent/Neutral/Impartial; Without Fear or Favour".
"Jangan takut ditekan, jangan takut tekanan, jangan takut dibuang (kerja) sekalipun tetapi jangan tunduk kepada desakan.
"Kena ada ciri-ciri ini dan saya percaya beliau akan menjadi pemimpin yang baik," katanya.
Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lepas.
Mengenai soal sama ada Latheefa bersifat 'independent' atau berkecuali, Mohd Shukri berkata: "Tunggu. Tengoklah lepas ini. Bagi peluang kepada dia."
Menurut Mohd Shukri, beliau hanya mengetahui pelantikan Latheefa ketika menghadap Yang di-Petuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4 Jun lepas.
Beliau mendedahkan ada mencadangkan nama penggantinya iaitu dua pegawai kanan SPRM, yang tidak didedahkan nama mereka, dalam satu suratnya bertarikh 6 Mac kepada Dr Mahathir.
"Saya beri Tun (Dr Mahathir) dua bulan untuk cari pengganti saya supaya proses (mencari pengganti) berjalan lancar,"katanya.
Ditanya bagaimana dengan penyatuan dalaman SPRM dengan lantikan Latheefa yang merupakan orang luar, Mohd Shukri berkata beliau hanya boleh berdoa supaya pegawai terus bersatu padu untuk melaksanakan amanah mencegah rasuah dan salah guna kuasa demi negara dan rakyat.
"Sudah-sudahlah yang dahulu, ke depan ini bekerjasamalah kerana kita bekerja bukan untuk setakat SPRM tetapi untuk negara dan rakyat. Lupakan soal peribadi (isu), melihat dan bergerak ke hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2019
Mohd Shukri meletakkan kepercayaan kepada Latheefa untuk memimpin SPRM dengan baik dan melaksanakan tugas untuk negara. - Gambar Fail/BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
KKD perlu melihat semula sistem, tatacara kerja yang boleh dibaiki - Azam
Azam berkata ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan integriti dan mengurangkan elemen rasuah, serta memperbaiki aspek tatakelola dan governans.
Azam Baki tidak pilih puak atau parti - PM
Menurutnya, belum pernah dalam sejarah pejabat menteri digeledah SPRM bagi menjalankan siasatan.
PRU15: Zahid beri jaminan tiada ahli politik BN akan dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM
Ahmad Zahid berkata komitmen itu adalah signal jelas BN dalam usaha membanteras korupsi dan persepsi rasuah di dalam gabungan tersebut serta dalam kalangan masyarakat.
SPRM terbuka cadangan diletak di bawah Parlimen - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka dengan cadangan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen seperti dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini.
Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
Beberapa individu anjur perhimpunan ditahan polis
Sepasukan anggota polis telah menyerbu Restoran Amjal di Bangsar pada jam 11:58 malam.
Kontroversi rasuah: Lawan, cuti atau letak jawatan? - Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Ikuti perbincangannya malam ini jam 8.30 dalam Dialog Tiga Penjuru.
Isu pemilikan saham: Azam Baki yakin tidak lakukan sebarang kesalahan jenayah
Tan Sri Azam Baki yakin bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa berhubung isu pemilikan saham olehnya.
Saham Azam Baki: Bukit Aman sahkan terima laporan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan ak