Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat penularan statistik palsu kes positif COVID-19 di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, bagi mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihaknya kesal dengan sikap suspek yang mempersendakan perkara serius itu.

“Kita sudah mengarahkan PDRM untuk menyiasat dan meneliti perkara ini.

“Perbuatan sebegini bukan sahaja mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga Sarawak tetapi seluruh Malaysia,” katanya semasa sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Isnin.

Sebelum ini tular gambar bunting palsu yang memaparkan kenaikan jumlah mendadak kes positif COVID-19.