awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/02/2021
11:04 MYT
Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang memohon agar golongan pelajar sekolah rendah dan menengah, yang bakal memulakan kembali persekolahan secara berperingkat bermula 1 Mac ini, diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kumpulan berkenaan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mempertimbangkan kelonggaran berkenaan, sekurang-kurangnya untuk tahun ini.
“Pihak KPM juga hendaklah memberikan kelonggaran terhadap isu pakaian rasmi sekolah. Ramai ibu bapa yang telah terbeban dengan pandemik dan telah berbelanja besar untuk pendidikan anak-anak.
“Kelonggaran untuk berpakaian bebas harus diberikan sekurang-kurangnya untuk tahun ini memandangkan adanya kebarangkalian sekolah akan ditutup kembali jika PKP dilaksanakan semula,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada 19 Februari lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kesemua sekolah di bawah KPM akan dibuka secara berperingkat, bermula 1 Mac ini.
Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan perasaan berbelah bahagi kepada beberapa pihak, memandangkan ibu bapa dan guru telah melakukan persiapan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), termasuk penyediaan modul dan pembelian tablet.
BACA: PdP bersemuka bermula Mac, April ini
Murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 hadir ke sekolah pada 1 Mac
Mengulas lanjut, jawatankuasa itu berkata, kementerian disaran untuk mengukuhkan sistem pembelajaran berasaskan teknologi dalam dan luar bilik darjah, seperti portal sophia.my
Selain itu mereka turun menyarankan agar diluaskan lagi program pengagihan peranti, penambahbaikan akses internet di sekolah, serta pakej internet untuk pelajar di rumah.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan
#Dr Maszlee Malik
#Kementerian Pendidikan
#pelajar
#sekolah
#kelonggaran
#pakai sekolah
#SOP
#pengajaran dan pembelajaran
#COVID-19
#pembangkang
#pendidikan
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan