KOTA KINABALU:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam, kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberikan beberapa kontrak bernilai kira-kira RM36,000 kepada ahli keluarga.
Lelaki berusia lingkungan 40an tersebut, telah ditahan pukul 12.15 tengah hari semalam di Pejabat SPRM Sabah.
Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata suspek ditahan kerana memberikan beberapa kontrak pembekalan dan pembaikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), serta pembekalan makanan yang berjumlah keseluruhan melebihi RM36,000 kepada ahli keluarga.
“Saya kecewa kerana masih terdapat kakitangan awam menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri, dengan memberikan kontrak kepada ahli keluarga yang mana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, walaupun ingatan demi ingatan telah diberikan kepada pejawat awam tetapi ia masih berlaku,” katanya.
Sementara itu, Karunanithy mengesahkan, dua lagi individu telah ditahan susulan penahanan empat kakitangan sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Sabah, berhubung kesalahan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu beberapa hari lepas.
Katanya, kakitangan dari agensi yang sama berusia 39 dan 41 tahun itu, telah ditahan semalam (Ahad) kira-kira pukul 12.00 tengah hari di Pejabat SPRM Sabah atas kesalahan yang sama iaitu Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
“Kesemua mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan akan dikemukakan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata, beliau kecewa kerana masih terdapat kakitangan awam menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri. - Gambar hiasan
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Robert Tan didakwa perdaya MoF anugerahkan kontrak RM3.9 bilion kepada Spanco
Dia mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan jawatankuasa pembuka tender sehingga mendoron MoF menganugerahkan kontrak RM3.9 bilion.
Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak senggara kemudahan kapal selam TLDM
Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.
Tyzo dijangka umum sertai stesen radio baharu hari ini
Tyzo sebelum ini dikatakan pernah menerima tawaran daripada empat stesen radio sebaik sahaja ditamatkan perkhidmatan bersama Suria FM.
Pan Gon dapat sokongan FAM terus majukan Harimau Malaya
Sebarang keputusan melibatkan kontrak Kim Pan Gon akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang.
Perak FC sambung kontrak Yusri Che Lah
Yusri berjaya membawa skuad Perak FC hingga peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.
IJM peroleh kontrak RM1.10 bilion kerja-kerja Projek RTS Link
Kontrak tersebut mempunyai peruntukan sebanyak RM155.0 juta merangkumi cukai jualan dan perkhidmatan semasa.
Bintang B-20 England taruhan Burnley
Media Britain melaporkan, Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain bawah 20 tahun itu.
EPL: Marcus Rashford dijangka ikat kontrak baru lima tahun di Manchester United
Pemain berusia 25 tahun itu setakat ini telah menjaringkan 123 gol daripada 359 penampilan bersama skuad senior.
Rice bakat luar biasa buat Arsenal
Butiran kewangan tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan bahawa bayaran untuk pemain tengah itu ialah $105 juta pound.
Melaka lulus pelantikan guru KAFA SRA, guru tadika JAIM secara kontrak
Pelaksanaan Pembayaran Kontrak Khas ini di Melaka adalah antara yang tertinggi dalam Malaysia.