awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2021
06:20 MYT
Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Ahmad Zaini Japar berkata, Najib boleh berperanan menguatkan semula UMNO dan mengemudi parti pada PRU15. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti berkenaan seperti sebelum ini.
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, bekas Perdana Menteri itu juga boleh berperanan menguatkan semula UMNO dan mengemudi parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut beliau, imej Najib juga semakin hari semakin diterima kembali rakyat serta ahli parti sendiri.
"Najib mampu untuk memainkan peranannya memimpin UMNO semula. Dalam hal ini peranan Najib boleh digunakan untuk menghidupkan balik dan menguatkan parti," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
BACA: Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebelum ini menjelaskan, antara masalah yang perlu diselesaikan jika benar Barisan Nasional (BN) ingin bertarung sendiri dalam PRU15 kelak adalah memutuskan siapa yang akan menjadi calon Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd. Irwan Rizal berkata, pemilihan UMNO perlu dilakukan segera demi menyelesaikan pelbagai isu kepimpinan sedia ada.
Tegasnya, imej Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah tercalar dan seumpama tiada taring lagi untuk mengemudi parti ekoran kebocoran rakaman audio yang didakwa perbualan telefon antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia merupakan salah satu faktor untuk pemilihan tidak boleh ditangguhkan lagi. Majlis Tertinggi (MT) perlu mengadakan mesyuarat dan menetapkan agar pemilihan diadakan tanpa sebarang penangguhan.
"Penangguhan pemilihan tidak menjamin bahawa UMNO akan semakin kuat. Telah terbukti sebelum ini, pemilihan ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah," katanya.
BACA: Segerakan pemilihan Presiden UMNO selepas darurat tamat - Ketua Bahagian Seremban
BACA: Audio rakaman: Zahid perlu segerakan laporan polis elak spekulasi - Ismail Sabri
Ujarnya, paling utama adalah memastikan pemilihan Presiden yang mampu dijadikan ikon sekali gus diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.
Tambahnya, pemilihan kali ini juga amat penting kerana ia merupakan peluang kepada UMNO untuk memberi nafas baharu dalam sekali gus menyediakan barisan kepimpinan yang akan diketuai oleh individu yang mempunyai ciri-ciri seorang ketua kerajaan.
Sebelum ini, beberapa Ketua Bahagian UMNO menyarankan Ahmad Zahid untuk mengundur diri daripada terus memegang jawatan utama parti.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PKR
#Barisan Nasional
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan