awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri makanan tidak bantu atasi isu kemiskinan - Anwar Ibrahim

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/02/2021
22:03 MYT
Beri makanan tidak bantu atasi isu kemiskinan - Anwar Ibrahim
Isu kemiskinan adalah perkara yang sama seperti rasuah yang telah menjadi masalah sistematik kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR:Masalah kemiskinan tidak dapat diselesaikan dengan hanya memberi bantuan makanan kepada golongan terbabit.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata permasalahan tersebut merupakan perkara yang sama seperti isu rasuah yang disifatkan telah menjadi masalah sistematik.
Katanya, perkara sedemikian memerlukan kesungguhan bagi memahami bermula daripada akar permasalahan tersebut sehingga menemukan penyelesaian.
Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian menerusi siaran langsung di laman sosial Facebook malam tadi.
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan
Beliau yang mengulas mengenai laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan UNFPA mengenai kemiskinan bandar yang diterbitkan baru-baru ini.
Beliau dalam masa sama mengharapkan agar semua pihak dapat membantu dalam mengatasi masalah kemiskinan khususnya kelompok miskin bandar berdasarkan laporan Unicef dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).
Berdasarkan kajian pada Disember 2020, wujud kemerosotan sosio ekonomi melibatkan separuh daripada isi rumah yang dikaji sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tinjauan terbaharu juga mendapati kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda kepada 15 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya manakala ada sebahagian daripadanya masih menganggur.
Sementara itu, data menunjukkan tahap pendapatan dalam kalangan isi rumah yang diketua wanita dan orang kelainan upaya (OKU) kini masing-masing 24 peratus dan 36 peratus lebih rendah berbanding akhir tahun 2019.
Perkara itu sekali gus menyaksikan sebahagian besar responden berkenaan masih secara berterusan hidup dalam keadaan kemiskinan.
Apa yang jelas ketika ini, ujar Anwar, situasi pandemik memberi kesan yang sangat parah kepada rakyat dan stigma pemimpin atasan hanya beranggapan dengan langkah memberi makanan isu berkenaan dapat diselesaikan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#PKP
#COVID-19
#kemiskinan
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan