KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberikan ruang dan ekosistem yang lebih baik bagi menyokong bidang kewartawanan di negara ini, kata Tan Sri Johan Jaaffar.
Menurut Tokoh Wartawan Negara itu, antara sokongan yang boleh disalurkan termasuk usaha mengurangkan cukai import kertas bagi membantu industri pensuratkhabaran berkembang di sebalik ledakan internet dan sosial media ketika ini.
Langkah itu juga, jelas beliau, tidak bersifat skeptikal berbanding bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sepertimana dilakukan oleh beberapa negara dalam membantu kelangsungan industri media.
"Saya skeptikal kalau misal kata kerajaan membantu dalam konteks pensuratkhabaran kerana pada akhirnya bantuan daripada pemerintah ini selalunya ada 'udang di sebalik batu'.
"Saya lebih suka sekiranya ia memberikan ruang yang lebih baik dari segi ekosistem untuk memastikan bahawa industri ini disokong.
"Ada peraturan-peraturan tertentu misalnya sokongan terhadap media berbahasa Melayu yang menghadapi masalah dari segi pengiklanan, ini bukan perkara baharu," katanya dalam temu bual sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 yang akan berlangsung di Melaka pada Ahad ini.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional, yang kali pertama diperkenalkan pada 2018.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan bekas Pengerusi Media Prima Berhad itu berkata, penyediaan landasan yang betul dan sokongan daripada pemerintah mampu menjamin kelangsungan dunia kewartawanan yang dilihat kini sudah menjadi 'sunset industry'.
Katanya, syarikat-syarikat gergasi seperti Facebook yang berjaya mengaut keuntungan daripada pengiklanan turut memberi cabaran besar kepada syarikat surat khabar dan stesen televisyen.
Kata Johan lagi, dianggarkan sekitar 5,000 pekerja dalam industri pensuratkhabaran telah kehilangan pekerjaan di antara tahun 2016 dan 2018.
"Bagi saya, saya tidak 'pessimist'... saya selalu menganggap bahawa sekiranya kita meletakkan landasan yang betul dengan ekosistem yang betul, maka industri kewartawanan dan yang mendukung industri itu akan dapat bertahan.
"Tetapi kalau kita mengambil sikap bahawa kita hanya mempermudahkan cabaran kita, mempermudahkan pengaruh Facebook, YouTube dan begitu juga kita mempermudahkan pengaruh yang dimainkan oleh media sosial, maka kita akan menghadapi masalah.
"Jadi, saya mengharapkan kita (boleh) hidup bersama. Kita bersama-sama berada dalam gelanggang yang sama dan gelanggang ini kadang-kadang tidak menjadi 'level playing field'.
"Oleh kerana itu, kita harus mempersiapkan diri, memperkukuhkan kekuatan dan pada masa yang sama kita juga memerlukan sokongan daripada pemerintah untuk memastikan bahawa ada 'level playing field'," ujarnya lagi.
Selain itu, bekas Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu berpandangan, kurikulum penggajian kewartawanan di institusi pengajian tinggi perlu dikaji semula agar selari dengan perkembangan semasa, sekali gus mempersiapkan graduan untuk berdepan dengan landskap kewartawanan yang telah berubah.
Beliau dalam masa sama menegaskan, organisasi media juga perlu melalui proses 'reinvent' bagi mendepani cabaran baharu termasuk revolusi teknologi.
Bagaimanapun, kata beliau, peranan yang dimainkan oleh wartawan dengan mengutamakan tanggungjawab dan etika tidak boleh berubah hanya kerana berdepan asakan daripada internet dan sosial media.
"Apa yang berlaku misalnya di jalan raya akan ditularkan dalam waktu yang sangat singkat. Tetapi proses itu bukan proses yang kita (wartawan) lalui.
"Proses yang kita lalui ialah menerima berita, membuat tapisan kepada berita itu, memastikan kesahihan dan kemudian berita itu disunting serta disebarkan.
"Ertinya, dalam konteks itu apabila pergantungan kepada berita-berita ‘yang pasang siap’ ini dari segi kesahihan kadang-kadang dipersoalkan.
"Sebab kita tahu sosial media sangat mudah menyalahgunakan dan sebagainya.
"Jadi bentuk (berita) tradisional, iaitu apa yang dilakukan oleh wartawan tugas mereka tidak berubah cuma platform yang berubah.
"Sebab itu mereka terpaksa 'reinvent' diri untuk menghadapi cabaran baharu," kata Johan.
Mengenai penganjuran HAWANA 2022 pula, beliau berkata, acara itu merupakan satu bentuk pengiktirafan negara kepada wartawan yang sentiasa tekun melaporkan berita termasuk ketika negara berdepan pelbagai krisis seperti pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, Johan berharap agar kerajaan boleh memberi komitmen dalam memastikan dalam media menjadi sebahagian sistem semak dan imbang yang terbaik bagi sistem demokrasi negara.
Hasimi Muhamad
Wed May 25 2022
Johan berkata penyediaan landasan yang betul dan sokongan daripada pemerintah mampu menjamin kelangsungan dunia kewartawanan daripada menjadi 'sunset industry'. -Gambar Astro AWANI
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Johan kesal Pengerusi Bernama belum dilantik
Johan mempersoalkan mengapakah jawatan pada institusi sepenting Bernama dibiarkan kosong selama lapan bulan.
Undang-undang tuntutan berita dalam talian harus segera dilaksana
Johan berkata, ia harus segera dilaksanakan bagi memastikan industri media di negara ini kekal mampan.
Aspek kebebasan media tunjuk perubahan memberangsangkan - Johan Jaaffar
Aspek kebebasan media yang menjadi antara tunjang demokrasi, secara keseluruhannya menunjukkan perubahan memberangsangkan di negara ini.
Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
Mengapa bunuh "oleh?"
Perkataan "oleh" adalah "kata sendi nama" untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif.
Tekanan politik cabaran terbesar SPRM: Johan
Tekanan politik menyebabkan usaha SPRM dalam menjalankan siasatan sesuatu kes itu menjadi sukar akibat campur tangan.
Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik - Johan Jaaffar
Johan menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Saiful sebagai gendang kosong yang dipalu.
PTPTN: Kenyataan Johan Jaaffar berhubung kenyataan Wan Saiful Wan Jan
Tan Sri Johan Jaaffar menyifatkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung 'sumbangan' beliau selaku Pengerusi PTPTN selama empat tahun tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu.
'Cengkaman' politik hakis keyakinan terhadap organisasi media - Johan Jaaffar
Organisasi media itu akan dihukum oleh pembaca atau penonton jika mereka tidak lagi mempercayai pemberitaan yang disampaikan.