awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kemalangan libatkan bas

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2025
04:20 MYT
Lagi kemalangan libatkan bas
Sebuah bas membawa 25 penumpang terbabas di KM12 arah turun dari Genting Highlands. - Foto PDRM
BENTONG: Seramai 25 penumpang berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terbabas dan melanggar tembok jalan di Kilometer 12 arah turun dari Genting Highlands di sini pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Sebuah bas membawa 25 penumpang terbabas dan melanggar tembok jalan di Kilometer 12 arah turun dari Genting Highlands pada jam 7.45 malam, Sabtu.
  • Pemandu bas dan dua penumpang wanita warga emas mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.
  • Polis mengesahkan tiada kenderaan lain terlibat dan menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati terutama di kawasan berbukit serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, pemandu bas berusia 54 tahun serta dua penumpang wanita masing-masing berusia 74 tahun dan seorang warga asing berusia 75 tahun mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati bas tersebut dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Serdang.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika melalui selekoh, pemandu bas dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tembok jalan.
“Kejadian menyebabkan pemandu dan dua penumpang cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.
“Tiada kenderaan lain terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, terutama di kawasan berbukit dan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#Genting Highlands
#bas terbabas
#pemandu bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami