awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri ruang Perdana Menteri memimpin negara - Annuar

Bernama
Bernama
29/10/2020
09:35 MYT
Beri ruang Perdana Menteri memimpin negara - Annuar
Annuar berkata adalah tidak salah untuk memberikan syor dan pandangan, tetapi ia tidak harus dilihat seolah-olah Perdana Menteri ditekan. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, soal berkaitan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan hak istimewa atau prerogatif Perdana Menteri.
"Perdana Menteri fikir tidak perlu ada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan gunakan sistem empat menteri kanan, kita terima.
"Kalau sekarang Perdana Menteri berubah fikiran nak seorang Timbalan Perdana Menteri pun kita terima," katanya kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada komuniti Putrajaya di bawah Wilayah Cakna 3.0 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan desas-desus tiga pemimpin UMNO disebut-sebut dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Annuar berkata adalah tidak salah untuk memberikan syor dan pandangan, tetapi ia tidak harus dilihat seolah-olah Perdana Menteri ditekan.
"Timbalan Perdana Menteri itu adalah orang paling kanan kepada Perdana Menteri, bolehkah letak seseorang yang tidak boleh bekerjasama? Sudah tentu tidak begitu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#politik
#Politik Malaysia
#Barisan Nasional
#BN
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan