awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri satu penggal Kerajaan Perpaduan tadbir Kelantan, bawa perubahan - Zahid

Bernama
Bernama
23/07/2023
09:19 MYT
Beri satu penggal Kerajaan Perpaduan tadbir Kelantan, bawa perubahan - Zahid
Zahid berkata rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan setelah 33 tahun negeri itu ditadbir di bawah kerajaan yang sama. -Bernama
GUA MUSANG: Rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan dengan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan setelah 33 tahun negeri itu ditadbir di bawah kerajaan yang sama.
"Berilah peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan perubahan di negeri ini. Kasihan rakyat negeri ini.
"Cuba beri satu penggal, lima tahun sahaja (kepada Kerajaan Perpaduan) kalau kami buat perkara sama atau tidak betul (tiada kemajuan) boleh tukar balik (kerajaan negeri).
"Kali ini cuba beri dukungan kepada kami. Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik.
"Kepada ibu bapa beritahu anak-anak yang akan balik (untuk mengundi) dan sedia ada menetap di negeri ini, cukuplah sampai di sini kerana 33 tahun (pentadbiran) terlalu panjang," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Program Silaturahim Timbalan Perdana Menteri bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.
"Kita (Kerajaan Perpaduan) akan pastikan nasib rakyat Kelantan dibela dan kemunduran negeri ini ditebus dengan kemajuan lebih pesat.
"Kita akan terus bantu Kelantan dan apatah lagi sekiranya Kelantan berada di tangan Kerajaan MADANI," katanya.
Selain Kelantan, lima lagi negeri yang turut mengadakan PRN ialah Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di keenam-enam negeri itu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.
Ketika sidang media, Ahmad Zahid berkata sekiranya Kelantan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan selaku Kerajaan Persekutuan ketika ini, maka setiap rancangan untuk membangunkan ekonomi negeri itu lebih mudah untuk diselaraskan.
Ditanya mengenai isu pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara UMNO dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRN di enam negeri itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu telah dipersetuju dan dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#rakyat kelantan
#Kerajaan Perpaduan
#perintah Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan