awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri tumpuan kepada jumlah penghasilan padi, sasar penuhi keperluan rakyat - Penyelidik ITAFoS

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/07/2023
11:18 MYT
Beri tumpuan kepada jumlah penghasilan padi, sasar penuhi keperluan rakyat - Penyelidik ITAFoS
Zulkarami menyarankan penggunaan teknologi dalam industri pertanian padi di Malaysia juga perlu dipertingkatkan. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu belajar daripada pengalaman Thailand yang memberi tumpuan kepada kuantiti penghasilan beras.
Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) Zulkarami Berahim berkata Negara Gajah Putih itu menyasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat tanpa mengira kualiti beras yang dihasilkan.
“Jika kita lihat di negara jiran seperti Thailand, mereka pada awalnya telah dititahkan oleh Raja mereka untuk menghasilkan padi yang mencukupi untuk negaranya sendiri, tanpa mengira sama ada beras itu beras campur, beras pecah atau beras berkualiti.
“Kita lihat pihak atasan kerajaan Thailand sudah menekankan keperluan untuk menghasilkan padi yang banyak walaupun hancur dan kurang berkualiti untuk memastikan keperluan beras dalam negara mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI mengupas topik ‘Isu beras, apa penyelesaiannya?’.
Selain itu, Zulkarami menyarankan penggunaan teknologi dalam industri pertanian padi di Malaysia juga perlu dipertingkatkan. Ini termasuk teknologi benih padi yang berdaya tahan dalam cuaca ekstrem serta teknologi alatan pertanian.
“Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada memperuntukkan geran peruntukan untuk program climate ready rice bagi menghasilkan padi yang sesuai dalam keadaan cuaca yang tidak menentu terutamanya musim kemarau.
“Ditambah pula dengan penggunaan teknologi moden iaitu Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang membolehkan pemantauan tanaman berteknologi tinggi untuk melihat kerosakan dan apa-apa yang berlaku di sawah serta dikawal dengan lebih baik. Tambahan pula, teknologi ini orang muda lebih berminat berbanding pesawah yang berusia lanjut,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#beras
#Padi
#sekuriti makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan