MALAYSIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.
1. Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Syarikat itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 cawangan kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara menjelang musim bunga ini.
2. Mangsa pertama letupan lombong di China pertama berjaya dikeluarkan
Mangsa pertama letupan lombong emas di Bandar Qixia, Shandong, China berjaya dikeluarkan oleh pasukan menyelamat pada pagi Ahad.
3. Penunjuk perasaan di Tunisia tuntut kebebasan mereka yang ditahan
RATUSAN penunjuk perasaan berhimpun di bandar Tunis pada Sabtu bagi menuntut kebebasan mereka yang ditahan semasa pertempuran dengan anggota polis minggu lepas.
4. Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu.
5. Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron memberi jaminan kepada mangsa penderaan seksual di negara itu bahawa mereka dipercayai dan tidak berseorangan dalam menempuh detik sukar.
6. COVID-19: Jarak 12 minggu antara dua dos terlalu panjang - Doktor UK
PENGERUSI Pertubuhan Perubatan Britain (BMA) Dr Chaand Nagpaul menggesa kerajaan United Kingdom (UK) untuk memendekkan jarak antara pengambilan dua dos vaksin Pfizer.
7. COVID-19: Varian baharu dikenal pasti di Cuba
PIHAK berkuasa kesihatan Cuba pada Jumaat mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang direkodkan dalam kalangan kes import.
8. COVID-19: Setahun selepas perintah berkurung, kehidupan di Wuhan kembali normal
BANDAR Wuhan yang merupakan wilayah pertama di dunia yang dikuatkuasakan perintah berkurung akibat COVID-19 kini kembali normal dengan aktiviti ekonomi dan sosial berjalan seperti biasa.
9. COVID-19: Kes positif global 98.53 juta, angka korban 2.11 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.9 juta kes.
10. UFC 257: Dustin Poirier 'musnahkan' McGregor di pusingan kedua
Bekas juara interim lightweight UFC Dustin Poirier mengejutkan peminat apabila menundukkan bintang MMA dari Ireland, Conor McGregor pada aksi UFC 257, hari ini.

#berita antarabangsa
#vaksin
#Pfizer
#varian baharu
#COVID-19
#kesihatan
#Amerika Syarikat
#perintah berkurung
#kes positif
#pandemik
#lombong
#Johns Hopkins University
#UFC
#Conor McGregor