Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 5, 2021 15:47 MYT
Mei 5, 2021 15:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 5 Mei 2021.
Singapura akan kembali ke fasa dua pembukaan semula kegiatan ekonomi dan sosial bermula 8 hingga 30 Mei.
Thailand melipatgandakan pengesanan kes aktif untuk membendung COVID-19 merebak dengan lebih pantas di tengah-tengah peningkatan jumlah kes, kematian dan kluster baharu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan sasaran baharu bagi program imunisasinya menjelang 4 Julai ini.
India pada Rabu mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi sejak COVID-19 dikesan di negara itu dan ketika hospital terus bergelut dengan jumlah pesakit COVID-19 yang terlalu ramai, lapor Agensi Anadolu.
Aktiviti pemburuan haram badak sumbu meningkat semula di Afrika Selatan sejak kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan, selepas setahun dicengkam pandemik.
Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia.
Perdana Menteri Britain dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bersetuju berhubung keperluan pemberian vaksin COVID-19 secara global untuk menamatkan wabak itu.
Ketua pelancongan Dubai pada Selasa menyatakan keyakinan bahawa pengembara santai dan bisnes akan kembali ke negara itu pada tahun ini, meskipun pandemik yang masih belum berakhir menyukarkan anggaran jumlahnya.
Tiga kanak-kanak dan dua pekerja sebuah pusat jagaan kanak-kanak maut selepas ditikam seorang remaja dalam kejadian pada Selasa.
India menghentikan permainan sukan paling popular di negara itu, kriket, susulan kes jangkitan COVID-19 yang melonjak kepada angka 20 juta pada Selasa.