BANGKOK: Thailand melipatgandakan pengesanan kes aktif untuk membendung COVID-19 merebak dengan lebih pantas di tengah-tengah peningkatan jumlah kes, kematian dan kluster baharu.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata lagi kluster baharu dikesan di daerah Khlong Toei, Pathumwan dan Dusit di Bangkok.
"Jumlah kes di Bangkok terus melonjak dan usaha kawalan penyakit kini tertumpu di Bangkok.
"Lebih banyak usaha untuk mengesan kes aktif akan dibuat untuk mengekang penularan jangkitan," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Beliau berkata jumlah kes yang dilaporkan di Bangkok berkaitan dengan pusat hiburan dan perjalanan rentas wilayah semasa festival Songkran pada April lalu.
Pada Isnin Thailand mencatatkan 1,763 kes baharu dan 27 lagi meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan masing-masing 72,788 jangkitan dan 303 kematian.
Sehingga kini, sejumlah 30,011 pesakit masih dirawat di hospital dan jumlah pesakit kritikal meningkat kepada 1,009 dengan 311 pesakit menggunakan mesin ventilator.
Untuk kes baharu, Taweesin berkata 1,750 jangkitan tempatan termasuk 562 kes di Bangkok, Samut Prakan (201) dan Nonthaburi (168).
Sebanyak 13 kes import dilaporkan termasuk empat warga tempatan berusia antara 12-40 tahun yang masuk secara haram dari Malaysia, katanya.
Korban terbaru melibatkan 21 lelaki dan enam wanita berusia antara 25 hingga 92 tahun, kebanyakan mereka mempunyai mempunyai sejarah penyakit lampau termasuk tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan obesiti,katanya.
Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) membuka hospital lapangan kelima untuk menampung pesakit COVID-19.
Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata Stadium Chaloem Phra Kiat di daerah Thung Khru di Bangkok diubah suai menjadi hospital lapangan yang menempatkan 400 katil
Hospital lapangan juga dilengkapi dengan kemudahan unit rawatan rapi (ICU).
Beliau berkata Hospital Charoenkrung Pracharak akan menyediakan doktor, kakitangan perubatan dan peralatan termasuk mesin sinar-X, oksimeter dan rangkaian teleperubatan yang canggih untuk memastikan pesakit di hospital lapangan dapat dipantau pada setiap masa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Pada Isnin Thailand mencatatkan 1,763 kes baharu dan 27 lagi meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan masing-masing 72,788 jangkitan dan 303 kematian. - Gambar fail/ Reuters
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.