awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2023
15:48 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 November 2023.
1. 12 terbunuh dalam serangan tentera Israel di Hospital Indonesia di Gaza
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan wilayah itu.
2. Kementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan terowong Hamas oleh Israel
Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa ia telah menemui terowong Hamas di Hospital Al-Shifa dan menyifatkan ia sebagai ‘pembohongan tulen’.
3. Angka kematian rakyat Palestin di Gaza cecah 13,000 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mencecah 13,000 orang, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita.
4. Gaza hadapi peningkatan bayi pramatang dan keguguran
Gaza menyaksikan peningkatan risiko kelahiran pramatang, kematian bayi dan keguguran semenjak konflik meletus di Gaza 7 Oktober lalu.
5. Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - Jokowi
Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital.
6. Houthi Yaman rampas kapal kargo Israel
Tentera Houthi Yaman telah merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah, pada Ahad.
7. X haramkan slogan pro-Palestin
Pemilik X, Elon Musk mengharamkan slogan 'dari sungai ke laut, Palestin akan bebas' dan beberapa istilah yang dikaitkan dengan perang Israel ke atas Genting Gaza termasuk 'penjajahan'.
8. Keputusan kes mafia terbesar Itali diumumkan pada Isnin
Mahkamah pada Isnin akan membuat keputusan ke atas 300 suspek yang disyaki anggota atau penyokong organisasi jenayah 'Ndrangheta, kumpulan Mafia terbesar di Itali.
9. 11 maut nahas babit kereta api, bas mini di Jawa Timur
Sebuah kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Ahad malam meragut nyawa 11 orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut seorang penyelamat.
10. Karachi bandar raya paling tercemar di dunia
Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Karachi
#berita pilihan
#antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan