awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karachi bandar raya paling tercemar di dunia

Bernama
Bernama
19/11/2023
22:10 MYT
Karachi bandar raya paling tercemar di dunia
Seorang lelaki warga emas sedang lakukan senaman di sebalik jerebu tebal di Karachi, Pakistan. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kualiti udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.
Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.
Kerajaan wilayah Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai pelitup muka selama seminggu.
"Utamakan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk kehidupan komuniti yang lebih selamat," kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi di X.
Pada Sabtu, sekatan pergerakan dilaksanakan di daerah yang terjejas untuk menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan berkaitan oleh industri dan pengangkutan.
Institusi pendidikan dan pejabat juga ditutup.
Kabus asap menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab tengah, termasuk ibu negerinya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.
Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pelepasan industri, asap dari tanur bata dan kenderaan, pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus asap di Lahore.
Pakistan bertanggungjawab untuk kurang daripada satu peratus pelepasan karbon global, namun merupakan antara 10 negara teratas paling terdedah kepada perubahan iklim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Karachi
#bandar raya paling tercemar
#Pakistan
#pencemaran udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan