Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 10, 2024 15:56 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
1. Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Martin Griffiths menyuarakan kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza akibat sekatan Israel yang menyebabkan orang awam tidak menerima "sebarang bantuan" selama beberapa hari.
2. UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu, lapor Xinhua.
3. Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berkata kumpulan itu akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
4. 'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
"Kami bersedia berperang bersendirian tanpa menggunakan senjata."
5. Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Bantuan udara oleh Britain dan negara Arab yang melalui Jordan merupakan bantuan menyelamat penduduk Gaza.
6. 9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk enam wanita terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam letupan sebuah kilang bunga api di negeri Tamil Nadu, selatan India pada Khamis.
7. Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Penumpang pesawat Corendon Airlines dari Cologne, Jerman ke Antalya, Turkiye berdepan detik cemas apabila sebiji tayar jet penerbangan itu pancit dan 'topang' hadapannya rosak semasa mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa pada Khamis, lapor Xinhua.
8. NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
Sebelum Marikh boleh diteroka, bulan akan menjadi lokasi eksperimen markas manusia di angkasa lepas.
9. Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun media sosial masing-masing.
10. Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand, memetik laporan Kementerian Kesihatan di Bangkok.
#PBB #Gaza #bantuan #krisis kemanusiaan #UNRWA #Houthi #Israel #Britain #India #NASA #Justin Bieber