PENYANYI Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun media sosial masing-masing.

Pasangan itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi video dan foto yang memfokuskan Hailey, 27, dalam persalinan serba putih.

Beberapa rakan artis seperti Kim Kardashian dan model Gigi Hadid meninggalkan ucapan tahniah sebaik pengumuman itu dimuat naik pasangan berkenaan di Instagram.

Hailey dan Justin, 30, berkahwin dalam satu majlis rahsia di New York pada 2018.

Seorang jurucakap untuk Hailey mengesahkan kepada The Associated Press bahawa usia kandungan Hailey ketika ini telah memasuki enam bulan.

Video pengumuman itu dirakamkan dalam satu majlis memperbaharui ikrar perkahwinan pasangan berkenaan di Hawaii.

Hailey yang merupakan usahawan dan juga model adalah anak kepada pelakon Stephen Baldwin, manakala Justin merupakan penyanyi kanak-kanak yang memulakan karier sejak berusia 13 tahun dan kemudian menjadi penyanyi pop sensasi dengan lagu-lagu hits termasuk 'Baby, Love Me' dan 'Yummy'.