ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Mac 2021.

1. Wang Digital | E-RMB masuki fasa ujian penggunaan di Shanghai

Matawang digital China, e-RMB kini memasuki fasa ujian penggunaan di Shanghai. Kaedah pembayaran digital itu diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna sejak cuti Tahun Baharu Cina yang lalu.

2. COVID-19 | Lebih 5 Juta Penduduk Beijing Sudah Divaksin

Lebih lima juta penduduk Beijing sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat Selasa. Daripada jumlah itu, lebih 2.64 juta sudah mendapatkan dos kedua vaksin sama ada keluaran Sinopharm atau Sinovac Biotech yang diberikan mengikut selang masa antara 21 hingga 28 hari.

3. IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19

Mesyuarat Menteri ASEAN tidak rasmi (IAMM) yang diadakan pada Selasa telah mengenal pasti usaha menangani wabak dan kesan pandemik COVID-19 terhadap rantau ASEAN.

4. Haji 2021: Semua petugas kesihatan, sukarelawan wajib divaksin

SEMUA pekerja kesihatan dan sukarelawan yang terlibat dalam musim haji 2021 diwajibkan mengambil vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah memaklumkan, pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Makkah, Madinah dan lokasi berkaitan bagi jemaah haji musim 2021.Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah memaklumkan, pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Makkah, Madinah dan lokasi berkaitan bagi jemaah haji musim 2021.

5. Kuasa 'pawri': Video 5 saat di media sosial 'sejukkan' hubungan India-Pakistan

Seorang pelajar berusia 19 tahun yang meraih populariti kerana klip videonya tular di seluruh rantau itu, berharap setiap monolognya mampu diterjemah kepada dialog keharmonian antara negara India dan Pakistan.

6. Aktivis ditahan atas dakwaan membakar potret Raja Thailand

Seorang aktivis anti-kerajaan yang dituduh membakar potret Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn ditangkap polis pada Rabu, menjadikannya antara puluhan individu yang didakwa menghina institusi raja sejak beberapa bulan lalu.

7. Jutawan Jepun cari kru kapal dalam 'misi menyeronokkan' ke bulan

Seorang jutawan dari Jepun menganjurkan pertandingan bagi memilih lapan anak kapal bagi menyertai beliau dalam misi menyeronokkan ke bulan.

8. Tiga petugas media wanita mati ditembak di Afghanistan

TIGA petugas media wanita ditembak mati di bandar Jalalabad, timur Kabul, Afghanistan, pada Selasa, menimbulkan ketakutan dalam kalangan pekerja profesional di pusat bandar itu.

9. Agen Saraf | AS umum sekatan ke atas pegawai, syarikat Rusia

Dalam perkembangan lain, pentadbiran Presiden Joe Biden umum sekatan ke atas pegawai kerajaan Rusia dan berpuluh syarikat Rusia lain pada Selasa. Ini susulan penahanan dan serangan agen saraf yang hampir korbankan pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny.

10. COVID -19 | Texas tarik balik pemakaian pelitup muka mandatori

Gabenor Greg Abbot menarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19. Keputusan itu bakal mencetuskan kritikan berikutan ia sudah dilaksanakan sejak lapan bulan lalu bersama-sama dengan sekatan-sekatan lain.