KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri ASEAN tidak rasmi (IAMM) yang diadakan pada Selasa telah mengenal pasti usaha menangani wabak dan kesan pandemik COVID-19 terhadap rantau ASEAN.

Selain daripada penggunaan AS$10.5 juta daripada Dana Respons COVID-19 ASEAN untuk pemerolehan vaksin segera, perbincangan itu juga menggalakkan pengoperasian lebih awal Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN untuk Kecemasan Kesihatan Awam dan penubuhan Pusat Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit ASEAN.

Mereka juga menyampaikan komitmen mereka terhadap Pelan Pelaksanaan Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN.

Penubuhan pasukan petugas (task force) dalam Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) turut disambut baik.

Turut dibincangkan ialah visi Komuniti ASEAN pasca 2025, di mana mereka mengulangi kepentingan kestabilan politik di negara-negara anggota ASEAN dalam mencapai komuniti ASEAN yang aman, stabil dan sejahtera.

Delegasi juga menyatakan keprihatinan mereka terhadap situasi di Myanmar dan meminta semua pihak untuk tidak terus menggalakkan keganasan dan menyatakan kesediaan membantu Myanmar secara dalam situasi positif, damai dan membina.

"Kami juga memohon pembebasan tahanan politik dan Wakil Khas Setiausaha Jeneral PBB di Myanmar untuk memanggil pihak-pihak berkenaan.

"Kami juga menekankan pentingnya usaha berterusan Myanmar dalam menangani situasi di Rakhine, termasuk memulakan proses penghantaran pulang, secara sukarela, aman dan bermaruah, sesuai dengan perjanjian dengan Bangladesh," kata kenyataan itu lagi.

Tahun ini, perbincangan secara maya itu dipengerusikan oleh Brunei Darussalam, dengan tema 'We Care, We Prepare, We Prosper'.