awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita komuniti jenayah dilancarkan

Bernama
Bernama
12/07/2014
23:46 MYT
Berita komuniti jenayah dilancarkan
Kewujudan Berita komuniti jenayah diharap dapat membantu polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah
'Berita Komuniti Jenayah' yang mengandungi panduan pencegahan jenayah dilancarkan di sini pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd melancarkan majalah tersebut.
Kewujudan majalah tersebut diharap dapat membantu polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah, kata Wan Ahmad.
Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya.
Berita Komuniti Jenayah akan dikeluarkan setiap tiga bulan sekali dan ia akan diedarkan secara percuma.
Buat permulaannya diedarkan di sekitar Lembah Klang sahaja, kata Saharuddin.
Sebanyak 10,000 naskah dicetak dan orang ramai boleh mendapatkannya di pasaraya seperti Giant dan pejabat kerajaan antaranya hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Topic Berkaitan
#Berita Komuniti Jenayah
#Polis Diraja Malaysia (PDRM)
#Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan